Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Isu Astro... cara Pak Lah hilangkan ‘bisa’ Kadir, dakwa MP PAS

Isu Astro... cara Pak Lah hilangkan ‘bisa’ Kadir, dakwa MP PAS

Oleh: HELME HANAFI


Oleh HELME HANAFI

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan secara
terbuka pernah mengarahkan Menteri Penerangan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh
Fadzir menyiasat Astro disifatkan oleh MP PAS Tumpas Dato’ Kamaruddin Jaafar
sebagai menghalang usaha murni Abdul Kadir.

Kamaruddin ketika membahaskan ucapan Titah Yang Di Pertuan Agong
berkata, beliau menyokong tindakan Abdul Kadir menegur Astro namun sedih
dengan tindakan Perdana Menteri menafikan usaha Abdul Kadir.

Bercakap kepada Agendadaily kemudiannya, Kamaruddin berkata, beliau
terkejut dengan penafian terbuka Perdana Menteri.

“Saya lihat apa yang ditegur oleh Abdul Kadir itu tiada salahnya. Cara dia
tegur pun tidaklah kasar berbanding dengan cara Pak Lah tegur yang boleh
dikatakan menghilangkan ‘bisa’ Abdul Kadir,” ujarnya.

Abdul Kadir sebelum ini mengarahkan Astro berhenti menyiarkan rancangan
berunsur ganas dan seks, beliau juga mempersoalkan kenaikan yuran langganan
dan iklan yang semakin banyak walaupun syarikat penyiaran itu berbayar.

Abdullah bagaimanapun menafikan pernah mengarahkan Abdul Kadir menyiasat Astro
dan menambah Kabinet hanya mengarahkan Astro menghentikan rancangan berunsur
seks dan ganas.



-----------------------------------------------------

(Berita sebelum ini)

Astro naik RM5:Terserah kepada pelanggan-PM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Astro adalah sebuah
saluran swasta maka terserahlah kepada penonton sendiri samaada hendak
melanggannya atau tidak.

Serantak dengan itu beliau menjelaskan Kabinet tidak mengarahkan Kementerian
Penerangan untuk mengkaji kenaikan yuran bulanan atau program yang siarkan
oleh stesen televisyen satelit itu.

"Tidak ada arahan bagi menyiasat Astro tetapi Kabinet bimbang mengenai
kandungan programnya," katanya bagi menjelaskan laporan akhbar hari ini yang
menyebut bahawa beliau mengarah Kementerian Penerangan menyiasat keputusan
Astro menaikkan yuran bulanan sebanyak RM5 serta penyiaran program berunsur
negatif yang memberi kesan kepada penonton.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Perhimpuan Hari Pekerja 2004
sektor awam di Intan di Kuala Lumpur Jumaat Abdullah berkata beliau hanya
memaklumkan kepada Kabinet mengenai unsur keganasan dan lucah di majalah dan
televisyen selepas perkara itu dibangkitkan dalam dialog beliau dengan badan-
badan bukan kerajaan (NGO) minggu lepas.

Katanya kenaikan yuran oleh Astro mungkin mahal dan perlu dikurangkan tetapi
oleh kerana Astro sebuah saluran swasta maka terpulanglah kepada penonton
untuk melanggan perkhidmatan mereka atau sebaliknya.

Mengenai penapisan program, Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam
Negeri, berkata Lembaga Penapis perlu lebih berhati-hati dalam penapisan
program yang mempunyai banyak unsur keganasan kerana ia tidak sihat kepada
penonton.

"Filem perlu ditapis tetapi tidaklah sehingga filem itu tidak lagi
bermakna ...jika ia tidak sesuai maka tidak perlu ditayangkan.

"Ini adalah pandangan yang dikemukakan (oleh NGO dalama pertemuan minggu
lepas) dan kita menyatakan bahawa kita akan memantau tetapi tidak ada arahan
untuk menyiasat," katanya.

Abdullah juga menggesa editor dari industri media supaya sensitif dengan unsur
keganasan dan lucah.

"Apabila berdepan dengannya, tolong mainkan peranan anda sebagai editor dengan
memahami dan sensitif terhadap perasaan orang ramai," katanya.

Katanya, jika kerajaan memberikan arahan dalam perkara ini, media tidak akan
menyenanginya.

"Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan apa yang baik dan apa yang tidak
baik untuk tontonan awam," katanya.

Sementara itu bercakap kepada para wartawan di pejabatnya selepas mengadakan
pertemuan bersama delegasi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Menteri
Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir memberitahu, Astro setakat
ini masih belum memberikan sebarang penjelasan kepadanya berhubung penyiaran
program berunsur negatif dan kenaikan yuran bulanan sebanyak RM5.

``Kita dengan Astro ini kita bukan hendak gaduh dengan dia, kerajaan tak suka
bergaduh dengan sesiapa, saya bangkitkan kepada Astro dan beberapa stesen
televisyen lain juga iaitu TV3 dan ntv7.

``Perkara ini sudah bincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan apabila bincang
soal jenayah yang sedang meningkat, maka kita terpaksa juga bincang soal
siaran program-program dalam televisyen tersebut, itu sahaja... senang dan tak
ada masalah,'' katanya .(21 Mei 2004)



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.