Berpeluh diminta jadi imam Tarawikh - 18/9/2007


Ramadhan dan idulfitri di hospital - September 27, 2009



Saiz badan saya memang besar sejak dari kecil lagi. Hanya ketika berusia 16 hingg 17 tahun dapatlah memakai selur berlilitan 26 hingga 28 inci, Selain daripada itu, sama ada dua kali ganda daripada ukuran lilitan itu apapun kurang sedikit.


Dinding rumah tiba-tiba roboh… - September 16, 2009


Pada suatu Ramadhan tatkala masih bergelar Ahli Parlimen Hulu Langat, seorang rakan yang sama-sama bekerja di Utusan Melayu dahulu iaitu Puan Melati Ariff menghantar e-mail kepada saya menyatakan betapa sedihnya beliau menatap kisah seorang pelajar miskin yang sedang sakit paru-paru berair.


Kalau dah bukan rezeki… - September 13, 2009


Bulan Ramadhan telah menemukan saya dengan seorang saudara baru yang memperkenalkan namanya sebagai Kamal. Saya sering melihat seorang lelaki Cina berbaju lengan panjang dan seluar serta serban di kepala di antara Sungai Besi dan Plaza Tol Sungai Besi.


Terdengar suara bayi menangis di lokasi kemalangan…. - September 10, 2009


Suatu petang, wartawan kanan di meja jenayah, HajI Sirajuddin Mokthar (kini Allahyarham) atau lebih dikenali dengan nama penanya HC Raj meminta bantuan saya agar mengambil gambar lokasi kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban berhampiran Bangi.


Pendedahan wajar untuk Ahli Parlimen - November 29, 2008

Baru-baru ini Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz 'naik angin' di Dewan Rakyat kerana tidak puas hati dengan cara kerajaan menangani kebanjiran pekerja asing di negara ini. Beliau melepaskan geramnya apabila mencelah sesi jawapan oleh Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Noraini Ahmad yang sedang mengulas pelbagai pandangan dan kritikan yang dilemparkan oleh ahli-ahli parlimen.


Datuk Sirajuddin yang kukenali……. - November 14, 2008

Saya berkira-kira untuk menyiapkan ruangan ini sejak beberapa malam yang lalu lagi sehinggalah saya dikejutkan oleh deringan telefon menghantar pesanan ringkas (SMS) daripada Ketua Pengarang Agendadaily, saudara Rosli Ismail.Setiap percubaan untuk memulakan catatan tidak berjaya. Sebenarnya saya tidak dapat memberi fokus kepada pengalaman-pengalaman lama yang hendak dicatatkan dalam ruangan ini..



Rita dapat anak lagi…… - November 3, 2008

Bertugas pada syif malam sebagai wartawan di Utusan Melayu, jika tiada tugasan amat membosankan. Mula bekerja pada jam 5.00 petang, tugas pertama ialah mengambil tajuk berita utama dari siaran berita radio RTM. Ini diikuti dengan siaran berita selanjutnya termasuklah Berita Perdana di TV1 RTM. Sekiranya tiada tugasan atau 'assingment' maka terperoklah kami di pejabat sehingga 12.00 tengah malam (kemudiannya dilanjutkan sehingga 3.00 pagi bagi liputan muktahir untuk cetakan edisi Kuala Lumpur kira-kira jam 5.00 pagi.



Di sebalik gema takbir Idulfitri - October 7, 2008

Imam sedang membaca khutbah hariraya Idulfitri manakala para petugas sedang sibuk menghulur tabung mengutip sumbangan daripada para jemaah yang baru selesai mengerjakan solat dua rakaat."Kenapa tak bentang tikar,'' seorang jemaah senior bertanya kepada salah seorang yang sedang mengutip derma itu. Beliau lantas menjawab sebahagian tikar basah kerana pada pagi hari hujan. Lagipun para jemaah memang cukup ramai pada hari itu dan dianggarkan kira-kira 100 orang tidak dapat menunaikan solat gara-gara tidak ada tikar.



“Apalah makna hari raya bagi kami…..” - September 23, 2008

Semakin hampir 1 Syawal, semakin teringat pelbagai peristiwa yang dilalui semasa menjadi wartawan bersama Utusan Melayu. Kenangan yang paling mengusik jiwa ialah apabila ditugaskan menemuramah anak-anak yatim yang bakal menyambut perayaaan setahun sekali itu tanpa ibu atau bapa. Dan, yang lebih menyedih dan menyayat perasaan adalah berhadapan dengan anak-anak yang bergelar yatim piatu.



Pergi kosong, balik hampas… - September 7, 2008

Sekarang, satu Negara sibuk mengenai politik khususnya UMNO yang sedang melaksanakan persidangan tahunan di peringkat cawangan. Walaupun baru di peringkat cawangan, bahangnya terbawa dan terasa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Tertinggi parti.Manakan tidak terasa, pemimpin yang hendak bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti haruslah mempunyai sokongan dan kedudukan di peringkat bawahan dahulu. Jika dahulu, politik wang dikaitkan dengan pemilihan di peringkat MT dan bahagian sehingga ada tokoh yang dipecat, digantung dan juga diberi amaran keras, kini kedengaran desas-desus mengenai permainan wang yang sama di peringkat cawangan.


[ Page 1 | 2 | 3 | 4 | 5 ]

Agenda Daily: Real News For New People