Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang


HANI MOHSIN SENIMAN BUDIMAN - August 1, 2006

SETELAH dikejutkan dengan berita kematian bekas mentor saya, Zainuddin Bendahara, pada 24 Julai, keesokannya saya dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang rakan, iaitu pelakon,pengarah dan penerbit, Hani Mohsin.Saya mengenali Mohsin dan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara Jacquelina sebelum mereka berkahwin. Tetapi hubungan dengan Mohsin ketika itu adalah lebih formal kerana sikapnya yang pendiam, berbanding dengan Tiara yang sejak dahulu sehingga kini kekal peramah, lemah lembut dan tidak meninggi diri.



PERGINYA SEORANG SIFU - July 27, 2006

PADA 24 Julai, saya menerima SMS mengejutkan daripada sahabat lama, Abu Bakar Atan, yang memberitahu Zainuddin Bendahara telah meninggal dunia. Saya terus bergegas ke Taman Koperasi Polis Fasa 2. Sebaik sampai di surau, mereka sedang memasukkan jenazahnya ke dalam van untuk dikebumikan.Bagi Abu Bakar Atan (kini bersama TV3) dan saya, Zainuddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Din, adalah mentor dan sifu kami. Apa tidaknya, dia adalah editor sukan ketika kami bersama-sama menjadi wartawan sukan di Berita Harian pada 1984.Protege allahyarham yang lain di meja sukan ketika itu dan merupakan senior kami ialah Hishamuddin Aun (kini Datuk Hishamuddin), Ishak Dalip, Khairul Annuar Mokhtar, Razali Yahya, Mohd Ali Majid, Johari Mohd, Zian Johari serta penyunting seperti Maarof Bakar, Ismail Ahmad dan Solmi Ahmad.



ANTARA FAM, MY TEAM DAN ATLET OKU- SIAPA PEDULI ? - July 24, 2006


Bulan Julai adalah bulan yang panas! Panas dengan kisah Mawi putus tunang,Zidane sodok Matterazi dengan kepalanya dan terbaru, Siti Nurhaliza nak kahwin! Setelah satu demi satu kepanasan yang disebutkan di atas mula reda, suasana jadi panas kembali apabila seorang individu bernama Datuk Abdul Ghapur Salleh, dengan selamba meminta pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari atas sampai bawah letak jawatan. Ewah!

Siapa dia Datuk Abdul Ghapur Salleh? Doktor, lawyer, majistret, bekas pemain atau jurulatih sepak? Kesemuanya bukan! Beliau adalah Ahli Parlimen Kelabakan.



NASIB MALANG KUMPULAN UNDERGROUND... - July 1, 2006

Eden minat muzik.Tak kira apa jenis muzik. Janji sedap didengar. Eden juga minat menyanyi. Darah seni memang mengalir dalam tubuh Eden. Arwah ibu E den pernah menjadi penyanyi ghazal dan juga boleh bermain akordian. Adik lelaki dan anak saudara perempuan E den masing-masing ada band sendiri dan sudah pusing satu Malaysia buat persembahan di kelab.Masa sekolah E den pernah cuba belajar main gitar. Berpeluh adik lelaki E den cuba mengajar, tapi E den tak pandai-pandai. Bila dah gagal main gitar, eden belajar main piano. Siap pergi kelas lagi. Tapi Eden ini jenis cepat fed-up dan sampai gred 3, berhenti.bila tak “pass” main muzik, eden ambil keputusan menulis lirik lagu. Adalah buat beberapa lirik lagu dan dapat royalti dari MACP. Eden juga suka menyanyi. Suara Eden taklah macam Siti Nurhaliza, tapi setakat nyanyi di karaoke tu, kira okaylah.



INI EDEN NAK CERITO PASAL NASIB OKU KITO - June 17, 2006

OLEH NOOR NASILAH ISMAIL


Sebelum mula cerita, E den nak minta maaflah sebab sudah lama tidak menulis di ruangan ini. Sebenarya Eden sibuk bekerja sukarela dengan sebuah NGO baru-baru ini. Sementara eden “bercuti” ada beberapa panggilan telefon, mesej dan e–mel yang eden terima.Ada kawan lama yang sudah bertahun tiada khabar berita, tiba-tiba telefon E den sebaik membaca ruangan ini. Ada juga di kalangan mereka yang sudah jadi wakil rakyat, ketua jabatan, pengarah syarikat dan suri rumah setelah menerima VSS.



WELCOME TO SEREMBAN - MINI INDIA… - June 2, 2006

OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Satu hari, dek kerana bosan yang teramat sangat, E den poi ronda bandar Seromban . Sedang memandu teraso lapar bonar . Dalam keadaan perut berkeroncong itu, teringin pula Eden nak raso lomak cili api.Maka Eden parking kereta di belakang hotel Carlton dan merayau-rayau mencari makan. Di depan hotel Carlton, eden tengok ada beberapa kerusi meja yang diletak di koridor bangunan. Lalu Eden terus berjalan laju. Tapi hampa bila Eden tengok makanan Mamak yang disaji. Eden terus berjalan dan belok ke kiri hotel, nampak bangunan Umno. Eden tersongeh megah melihat bangunan Umno yang dikira antara bangunan yang dianggap “tinggi” di Soromban selain bangunan MAA (hotel, tak kiralah).



MARDI RESEARCH NAMPAK …DEVELOPMENT TAK NAMPAK? - May 25, 2006



OLEH NOOR HASILAH ISMAIL


Saya tidak mempunyai ijazah dalam bidang pertanian, tetapi arwah ayah dan ibu pernah berkata yang saya mempunyai “green hands” - maksudnya, apa sahaja yang saya tanam, pasti menjadi.
Entah mengapa, sejak kecil, saya mempunyai dua hobi, iaitu bersukan dan bercucuk tanam. Tetapi saya tidak ada kebun. Saya cuma menggunakan tanah di kiri kanan atau halaman rumah untuk membantu ibu menanam pokok kertas dan orkid. Sementara ibu sibuk menumpukan perhatian dengan pokok kertas dan orkidnya, saya mencuri kesempatan menanam bayam kerana ia sayur kegemaran saya dan juga pokok serai.Kami tidak mampu membeli baja dan ibu menggunakan baja tersendiri. Setiap kali selepas mengosek beras, ibu akan menyimpan airnya dalam baldi. Begitu juga setiap kali membasuh ikan, ibu akan menyimpan airnya. Pada mulanya saya hairan dengan perangai arwah ibu. Ada kalanya ibu akan menggali tanah dan mencampakkan sampah sarap ke dalam tanah, dan membakarnya. Kemudian dia akan menyimpan hasil tanah yang tebakar itu.


Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.