Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 25 July 2008 | [|] atau []





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- Berita Utama
- Menarik Minggu ini
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Ruhanie Ahmad -Kuda Kepang
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Gebang Aziz Desa
- Raihan - Aku Punya Suka
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Dunia - Ibrahim Yahaya
- Reme Ahmad
- Maharaja Blogger
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- Cari Arkib









Rais kata dah OK tapi Amerika terus bela Anwar

Kalau sudah Amerika Syarikat, berilah apa pun penjelasan ia tetap dengan gaya sebuah negara yang seolah-olah punya kuasa tanpa sempadan. Walaupun maklumat serta fakta diberikan, seperti mana biasa Amerika Syarikat telah membentuk pemikirannya sendiri terhadap sesuatu perkara dan ia tidak berubah.Itulah yang berlaku dalam pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice di Singapura hari Khamis.Rais dalam kenyataanya mempunyai keyakinan yang amat tinggi menjelaskan Amerika Syarikat menghormati susunan dan tatacara undang-undang Malaysia dan tidak menyangkal penerangan yang diberikan mengenai dakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Saya berharap Amerika Syarikat selepas ini, sama ada melalui pegawainya atau mana-mana pihak, tidak lagi mencurigai apa yang terkandung secara dalaman negara Malaysia, dan ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.- 24/7/2008

-------------------------------

Lebih banyak pertemuan UMNO-PAS

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diberi penerangan mengenai pertemuan antara pimpinan UMNO dan PAS bersetuju bahawa muzakarah kedua-dua parti itu perlu diteruskan.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, muzakarah di antara UMNO dan PAS akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam."Sudah semestinya akan ada lebih banyak pertemuan kerana kita sudah adakan pertemuan tiga kali. Muzakarah itu sangat baik dan lebih memahami mengenai isu penting berkaitan agama yang kita tidak boleh berkompromi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MT UMNO di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur Khamis. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 24/7/2008

-------------------------------

Biarlah rahsia…

Bukan sahaja majlis penyerahannya dibuat secara senyap-senyap, jumlahnya juga tidak akan diumumkan. Itulah riwayat bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima bekas hakim kanan yang terlibat dengan krisis kehakiman 1988 yang diberikan bayaran ex-gratia oleh kerajaan sebagai menghargai kesukaran yang telah mereka lalui ekoran krisis berkenaan.Walaupun dalam sidang Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak mahu mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia berkenaan, harapan Ahli-Ahli Dewan Negara untuk cuba mendapatkan penjelasan juga dihampakan dengan alasan kerajaan tidak berhasrat untuk mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia berkenaan.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 24/7/2008


--------------------------------

BPR ambil keterangan daripada empat pemandu Exco Kerajaan Terengganu


Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan daripada empat pemandu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu berhubung kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang terlalu tinggi.Enam pegawai BPR berkenaan telah datang ke Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan Terengganu, sejak petang semalam dan pagi tadi bagi mengambil dokumen-dokumen berkaitan untuk diteliti.Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 24/7/2008

--------------------------------

Bihun jadi barang kawalan

Dalam usaha memastikan makanan asas benar-benar dinikmati dan berada pada harga yang wajar untuk kumpulan sasar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari Khamis membuat keputusan menjadikan bihun dan susu tumbesaran sebagai barang kawalan.Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan menjadikan bihun dan susu tumbesaran sebagai barang kawal sama seperti beras, tepung putih dan minyak masak ialah bagi membolehkan barang keperluan khususnya yang harga dikawal kerajaan dan disubsidikan sampai kepada kumpulan sasar sama ada di bandar atau luar bandar. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 24/7/2008

--------------------------------



Saya yakin ada kes - Peguam Saiful...bapa pertikai sikap dolak dalik Anwar

Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang Isnin. Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut. “Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-21/7/2008

--------------------------

Naib Presiden UMNO: Meriah…meriah

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib pagi Selasa umum tawar diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor membuat pengumuman itu dalam satu pertemuan dengan para pemimpin UMNO Selangor di Shah Alam.Pengumuman Muhammad Taib yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini menjadikan persaingan untuk jawatan nombor tiga dalam hiraki pimpinan UMNO itu semakin meriah. Beliau memberitahu tujuan menawar diri bagi jawatan berkenaan adalah bagi memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru khasnya membantu Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan UMNO dan menjadi saluran perdana perjuangan orang Melayu.Sementara itu Tan Sri Onn Ismail juga umum akan pertahankan jawatan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.Dalam perkembangan berkaitan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau tidak akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden."Untuk bertanding ke jawatan itu, saya tidaklah akan sampai ke situ," katanya yang kini ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam program bual bicara Helo Malaysia Bernama TV yang disiarkan secara langsung di saluran 502 Astro Isnin malam.- 22/7/2008

--------------------------

Sudah ribuan kes... tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif

Semasa bercakap kepada para wartawan lepas membuat lawatan ke Hospital Jasin di Melaka petang Isnin Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ribuan pemeriksaan perubatan kes melibatkan jenayah seks sama ada rogol atau liwat telah dikendalikan oleh pakar perubatan mengikut prosedur Kanun Acara Jenayah dan Prosedur Operasi Standard Perubatan selama ini berjalan dengan baik dan telus.“Tidak pernah ada orang pergi pada surat khabar bercakap dia dibogelkan, dia dianiaya dan dia diaibkan.“Kalau ada beribu orang yang menghadapi tuduhan sebegini rupa dan yang sekarang ini menunggu proses pendakwaan, menjelajah ke seluruh negara berkempen macam Anwar, apa akan jadi pada negara ini,” katanya mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau dibogelkan ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.Dr Latiff berkata, tuduhan meliwat ini merupakan kes peribadi dan sepatutnya Penasihat PKR menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain dengan pelbagai tuduhan.“Pegawai saya (di hospital) bukan ada mata bionik untuk melihat begitu saja untuk tahu berapa luas, berapa lebar, berapa banyak...pegawai saya tidak ada keistimewaan itu, dia kena tengok sendiri,” katanya - 21/7/2008

---------------------------


Debat telanjang atau 'ditelanjangkan'...


Kebetulan sekali tengahari Khamis tak berapa lama lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim bising pasal dakwaan beliau ‘ ditelanjangkan ’ masa pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu malam - wartawan Agendadaily sedang sembang kosong dengan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Latif Ahmad (gambar tengah) di bangunan Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat.Jadi di situ juga Agendadaily terus cekup beliau untuk mengulas dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Mereka yang tidak tahu kisah dan hal sebenar pasti akan marah kerana menduga ada cubaan nak mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.Sebaliknya ramai yang tidak tahu beliau diberi layanan penuh hormat dimana pemeriksaan itu dijalankan di wad diraja HKL pada Rabu malam.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-20/7/2008

--------------------------

Ketua Polis Negara saman Anwar

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Isnin memfailkan saman malu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.Musa menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk , faedah sebanyak lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. Jumlah gantirugi tidak dinyatakan di dalam pernyataan tuntutannya.Kamarul Hisham berkata writ saman itu akan diserahkan kepada Anwar secepat mungkin selepas pihaknya menerima salinan writ saman yang telah dimeterai oleh mahkamah.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 21/7/2008

--------------------------

Raja bukan sekadar pelengkap adat, titah Raja Nazrin

Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Dr Nazrin Shah.Pandangan berterus-terang Raja-raja dalam perkara-perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman, dan warga terus sejahtera dan makmur, titah baginda."Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidato bertajuk "Institusi Beraja" di Intan di Kuala Lumpur, Isnin.Baginda bertitah bahawa setelah 50 tahun kemerdekaan negara, Raja-raja telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT . 21/7/2008

--------------------------

Baru lima Ketua UMNO bahagian nak undur diri

Diketika cawangan-cawangan UMNO mula bermesyuarat perhatian kini bertumpu kepada berapa banyak perubahan bakal berlaku kepada kepimpinan bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara.Ada yang menerusi pertandingan bila mesyuarat bahagian-bahagian UMNO bermula nanti dan ada pula yang secara sukarela menarik diri untuk memberi laluan kepada muka baru.Dari laporan-laporan yang diterima setakat Ahad lima bahagian akan menyaksikan kemunculan Ketua UMNO Bahagian yang baru iaitu Gopeng,Temerloh,Pasir Mas,Kluang dan Padang Terap.Orang lama dalam politik UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin mengambil keputusan melepaskan jawatannya pada mesyuarat parti peringkat bahagian bermula Oktober depan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 19/7/2008

--------------------------

UMNO Gua Musang ‘ buka langkah’

UMNO Bahagian Gua Musang sudah set untuk mencalonkan Ketua UMNO Bahagian itu Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden UMNO Disember ini.Ia bagaimanapun mengambil pendirian terbuka bagi jawatan Timbalan Presiden.Ini selaras dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau tetap akan menawarkan diri untuk jawatan itu.Sabtu 32 cawangan UMNO dalam bahagian itu yang yang mengadakan mesyuarat tahunan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan beliau.Mereka yang nak bertanding jawatan Presiden UMNO perlu dapat 30 peratus pencalonan dari 191 UMNO Bahagian di seluruh negara.Pada pemilihan tahun 2004,Tengku Razaleigh hanya satu mendapat pencalonan iaitu dari bahagian Gua Musang. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 20/7/2008


--------------------------------





Perdana Menteri bangga dengan kejayaan pasukan Formula Future


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pasukan Formula Future negara di peringkat antarabangsa diteruskan dan tidak hanya terhenti pada satu peringkat sahaja.Pasukan Formula Future Malaysia telah menjuarai Kejohanan Dunia Formula Future di Ravenna, Itali yang berlangsung pada 18 hingga 20 Julai lepas, buat kali keempat. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 24/7/2008

Malaysia bida tuan rumah Formula Future

Malaysia
pertahan juara Formula Future kali keempat

Bulan Kecergasan lahirkan rakyat cergas, sihat dan bersatu

BERITA RINGKAS AKTIVITI KBS

KLIK PADA LINK INI UNTUK ARKIB PROGRAM KBS TERDAHULU




Gara-gara bil makan RM2,800, bayar bawah meja…

Apabila bekalan beras tiba-tiba berkurangan di pasaran, ramai yang menjadi haru-biru kerana tidak pernah menjangka beras yang ditanak menjadi nasi dan merupakan makanan asas rakyat negara ini akan berkurangan.Yang pasti ialah rakyat negara ini akan makan nasi tidak kurang daripada dua kali sehari. Yang makan tiga kali sehari termasuk nasi lemak sebagai sarapan pagi, dah lumrah. Yang makan dua bungkus nasi lemak sepagipun bukannya asing.Bayangkan, beras yang berharga RM17.00 sekampit seberat 10 kilogram tiba-tiba lesap di pasaran.Yang ada hanyalah beras dari jenis yang tidak dikawal.Yang berharga RM17 atau RM18 sekampit tiada,yang banyak adalah RM33 sekampit. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.
Berita Lanjut


Nasib-nasib orang…Klik "Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya



Loh Gwo Burne ( kiri) mencipta nama sebagai orang yang rakam klip video VK Lingam.Sebagai ' ganjaran' dia terpilih sebagai Ahli Parlimen PKR kawasan Kelana Jaya,Selangor.Jumaat kisah Gwo Burne jadi sensasi lagi dalam insiden dia ditampar pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ada juga nasib-nasib orang yang boleh popular kerana macam kata orang putih for the wrong reason .Bukan apa Kawan tertarik tengok Gwo Burne di Parlimen.Dia amat jarang sekali bercakap dalam sidang Dewan Rakyat.Ikut ceritanya dia tak begitu fasih berbahasa Malaysia.Juga Kawan tengok YB kita ni macam orang yang loss tak tau buat apa di pentas itu.

Kawan: Entah le…

Berita Lanjut

HIMPUNAN BERITA-BERITA DEBAT ANWAR VS SHABERY

Fikir dari sudut mana sekalipun ia memang tidak akan ada akhirnya.Itulah lumrah global antara kerajaan dan pembangkang.Alhamdullilah debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam berjalan lancar kecuali sikit kekecohan dikalangan beberapa orang diantara lebih 100 rakan media yang bersesak untuk membuat liputan dengan para pengawal keselamatan selepas ia berakhir.Apa yang menarik perdebatan tidak berakhir di Balai Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas sejam mereka berhujah atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak".Bukan saja dari reaksi kira-kira 300 hadirin tetapi dari feedback spontan didapati debat yang disiarkan secara langsung itu telah kickoff macam-macam debat sampingan disegenap lapisan masyarakat di seluruh negara berkisar tentang topik dan senario perdebatan itu sendiri.
Berita Lanjut


Najib tak berganjak dari pelan peralihan kuasa 2010

UMNO Cawangan Kampung Ubai hanya salah satu dari 134 UMNO cawangan yang ada dalam Bahagian Pekan,Pahang.Namun memandangkan Datuk Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Ketua UMNO bahagian itu apa saja keputusan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di bahagian itu menarik perhatian ramai.Spontan ramai yang tertanya termasuk tok-tok sidang di coffee house sekitar Kuala Lumpur apa ceritanya bila UMNO Cawangan Kampung Ubai dalam mesyuaratnya kelmarin mencalonkan namanya untuk bertanding merebut jawatan Presiden pada pemilihan jawatan Disember ini.
Berita Lanjut

Debat makin diterima...RTM sedia siar debat pemilihan UMNO

DEBAT… Pelbagai pihak mula merasakan program debat merupakan sesuatu yang perlu diteruskan kerana ia merupakan satu wadah untuk membentuk pemikiran rakyat secara fakta dan tidak mudah dipesongkan oleh persepsi semata-mata. Ekoran kejayaan Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, wujud cadangan agar debat seumpamanya dianjurkan bagi mereka yang ingin bertanding...
Berita Lanjut


Shahrir Samad balas hujah Anwar

Mereka yang masih menunggu pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat harus merasa bimbang kerana pemimpinnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mempunyai satu dasar ekonomi yang konsisten untuk diketengahkan kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.Beliau berkata apa yang diperkatakan oleh Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat menerusi Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang diperkenalkannya, janji kempen pilihan raya umum lepas hingga kepada hujah semasa debatnya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek Selasa lalu, sering berubah-ubah.
Berita Lanjut

Anwar cuba wujud ‘trial by media’

Menteri Keselamatan dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mewujudkan ' trail by media' dengan membuat pelbagai andaian serta dakwaan berhubung laporan yang mendakwa beliau meliwat pembantu khasnya. Beliau memberikan contoh bagaimana ‘trial by media’ itu cuba diwujudkan oleh Anwar apabila Anwar mempersoalkan kenapa pihak polis tidak memberikan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhri Azlan. “Polis belum selesai siasatan (kes ini)...bila seseorang itu akan didakwa baru...
Berita Lanjut




WALKING A ‘DEAD LINE’

ANTARA SI ALIM DAN SI ZALIM

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

LIM KIT SIANG 'BLACK EYES'

MONEY-MORE WASTE AND LOSSES

SAYA MENAWAR DIRI UNTUK MEMPERKASA PARTI

MELAKA MENSASARKAN 3 TEMPAT TERATAS DALAM BIDANG AKADEMIK

PERPADUAN MELAYU BUKAN ANCAMAN

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

INTERNATIONAL COFFEE BOY

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

N0 – CONFI MOTION – TIME WASTING AGAIN

SYUKUR

KENAIKAN HARGA PETROL:SEJAUH MANA RAKYAT FAHAM?


KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

WANITA KEPALA BATAS CALON SHAHRIZAT TANDING KETUA ?

KLIK IKON DIATAS UNTUK MELAYARI TERUS
LAMAN INI


Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK


Tanpa kuota saya menang...Ku Li

Dato’ Enal…orang kecil
yang besar di Parlimen

Bunuh atau dibunuh

Dihalau dari rumah jadi pendorong…


EMAIL BOLEH DIKIRIM KE

agendadaily@gmail.com



Jangan manjakan sangat

Subsidi: ada saja orang
yang ambil kesempatan


Beli beras di mana…..?

Teruskan subsidi minyak
dan beras