Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Ketua Pemuda:Terlalu awal nak nyatakan sokongan

Ketua Pemuda:Terlalu awal nak nyatakan sokongan

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menganggap terlalu awal untuk nyatakan sokongan pada mana-mana calon yang menawarkan diri untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan Disember ini.

Pemuda UMNO Selangor juga akan mengambilkira pandangan pemimpin-pemimpin Pemuda peringkat bahagian dalam menentukan sokongan terhadap mana-mana calon.

Ketuanya Abdul Shukor Idrus beranggapan pendirian tersebut perlu dibuat secara kolektif tanpa mengenepikan pandangan ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu.

Menurutnya setakat ini beberapa orang sudah menyuarakan hasrat untuk bertanding dan berkemungkinan akan ada lagi pihak lain yang akan berbuat demikian lepas ini.

Beliau kini sedang berusaha untuk mengemaskini kedudukan pemuda UMNO akar umbi terutama bagi mengembalikan semangat mereka ekoran tamparan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dalam hal ini, kata Shukor,"saya tidak boleh buat keputusan seorang, kita kena duduk berbincang dan saya perlu memberi semangat pada pemuda supaya tidak meletakkan kekalahan ini untuk selama-lamanya".

"Saya kena susun program untuk tarik semula golongan muda kembali menyokong UMNO," tambahnya ketika ditemui di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang petang Jumaat.

Bagaimanapun Shukor mengharapkan kepimpinan pemuda UMNO akan datang mesti mengembalikan semangat berani dan menjadi jaguh membela nasib bangsa namun ianya perlu bertempat serta tidak menangguk di air yang keruh.

"Kita perlu ada pemimpin yang tidak lembik, mempunyai idea untuk kesinambungan kepimpinan UMNO dan pemimpin yang mahu bermuhasabah diri, bertanggungjawab dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain," katanya.

Beliau juga berharap barisan kepimpinan yang mampu untuk turun ke bawah dan para exco yang boleh memikul tanggungjawab dengan mengambil pemuda negeri sebagai 'anak angkat' bagi mengadakan program terutama dalam membina semula semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair.

"Saya terima dan akui mereka yang menjadi exco hari ini kurang mengambil bahagian di peringkat akar umbi. Kita lebih rasa selesa, rasa kuat, rasa semua orang sukakan kita tetapi keputusan pilihan raya baru ini telah memberi kesedaran bahawa tingkah laku kita tidak

disukai oleh generasi muda di bawah, kita telah dilihat mewah dan mudah, kita bersikap sombong dan ego, itulah keputusan yang tuhan berikan pada kita sebagai satu hikmah," katanya.

Diminta mengulas isu ternakan babi di Selangor, Shukor yang juga ADUN Kuang memberitahu beliau bersikap rasional dan adil pada kaum Cina di Selangor namun mepersoalkan peruntukan besar tersebut jika hanya untuk keperluan masyarakat Cina Selangor serta mengharapkan kerajaan negeri mengkaji semula projek itu terutama penempatannya.

"Kita kena berfikir rasional terhadap kaum lain, kalau hendak buat secara kelompok tetapi mesti dibuat kajian semula tempat yang bersesuaian. Jika peruntukan besar untuk ternak babi maka peruntukan besar juga perlu diberi pada orang Melayu ternak lembu dan orang India

untuk ternak kambing," tambahnya.

Katanya, "saya mahu ternakan babi ini dilaksanakan jauh ke dalaman, kalau boleh dalam hutan dan ternakan itu dibuat hanya untuk keperluan rakyat yang minat makan babi sahaja. Kita tidak mahu Selangor menjadi pengekspot babi dunia, kita bagi penghormatan pada penggemar makan daging babi di negeri Selangor saja."

Menurutnya, sistem moden yang disebutkan, kerajaan mesti memastikan segala sistem kumbahan dan pengaliran air yang akan disalur keluar ke sungai mesti tidak menjejaskan kebersihan sungai. Ianya juga tidak mendatangkan bau busuk.

"Kita akan memantau dan sekiranya ianya berlaku pencemaran air dan udara, kita akan mendesak ianya ditutup. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar dari orang Melayu dan Islam perlu berasa sensitive terhadap perasaan orang Melayu dan Islam di negeri ini," tegas Shukor.

Sentuh soal manisfesto Pakatan Rakyat, beliau berasa hairan kenapa keutamaan kerajaan negeri menyelesaikan masalah ternakan babi melebihi perlaksanaan manifestonya.

Beliau juga menganggap wakil-wakil rakyat PAS dan PKR telah ditindik hidung oleh DAP kerana mendahului hal ternak babi daripada keutamaan untuk mewujudkan negeri kebajikan yang dilaungkan semasa kempen pilihan raya baru-baru ini.

Shukor menggesa pemimpin parti PAS menunaikan caruman insuran takaful kepada warga emas sebanyak RM2,500, membantu orang kurang upaya dan anak yatim dan mengumumkan peruntukan kepada anak yang masuk rumah jagaan.

"Exco Kerajaan negeri dari PAS membuat kelulusan peruntukan ternakan babi kenapa tidak ada tindakan drastik untuk memenuhi manifesto, pemuda UMNO Selangor akan pantau perkara ini selama empat tahun dan kita akan lihat janjinya untuk buat perubahan dalam masa 100 hari," katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Selangor juga akan digerakkan untuk memberi maklumat pada kerajaan negeri berhubung jumlah anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM75 sebulan seorang>

Katanya, "kita akan kumpulkan maklumat anak-anak di Selangor yang masuk pra sekolah yang patut dapat RM50 seorang setiap bulan, akan mengumpulkan dalam masa terdekat ini berapa ramai pelajar di Selangor yang berjaya ke universiti bagi mendapatkan RM1000 seorang dari kerajaan negeri."

"Saya akan minta akar umbi pergerakan pemuda mengumpul data-data ini untuk diberikan pada kerajaan negeri Selangor agar tidak bersusah payah mendapatkan maklumat ini untuk dilunaskan janjinya. Kita akan buat satu persatu bagi menuntut janji dalam manifesto kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini," ujarnya.- 13/4/2008


-----------------------

Pemuda Ipoh Barat nak Najib dan Mukhriz berganding


Belum sampai 24 jam Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan terbuka terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih kepimpinan pergerakan itu, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat tampil dengan kenyataan berbeza.

Selain menafikan UMNO Perak menyokong Khairy, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari Khamis berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz untuk memimpin Pemuda. Sokongan ini berdasarkan kepimpinan mereka yang dihormati oleh kawan dan lawan. Kekuatan moral yang ada pada diri kedua-dua pemimpin ini diyakini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Dalam kenyataan beliau itu juga, Faizal menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin bahawa pergerakan Pemuda negeri itu menyokong Khairy adalah bersifat peribadi.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO seharusnya diberikan kebebasan untuk memilih pemimpin mereka dan bukannya melalui kenyataan sokongan terbuka yang tidak membawa apa-apa makna. – 10/4/2008




Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.