Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Ku Li mahu ahli UMNO tolak pelan peralihan dan penangguhan pemilihan

Ku Li mahu ahli UMNO tolak pelan peralihan dan penangguhan pemilihan

Oleh: ROSLAN BIAN

Ketika banyak pihak menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menunda pemilihan parti daripada Disember ini kepada Mac tahun depan sesuatu yang baik, Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menawarkan diri bertanding Presiden parti bersikap sebaliknya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak keputusan tersebut walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata, langkah itu bagi memastikan pelan peralihan kuasa yang dirancang berjalan lancar.

Sebaliknya, beliau menggesa ahli-ahli dan pemimpin UMNO menolak keputusan MT itu dan kembali kepada perlembagaan parti dalam menentukan pucuk pimpinan bukan melalui pelan tersebut.

Tengku Razaleigh mendakwa, pelan itu hanya untuk manfaat pemimpin tertentu sahaja dengan membelakangkan kepentingan negara serta ahli-ahli UMNO.

“ Mereka (ahli UMNO) mesti berani patut menolak keputusan MT kalau sayangkan parti.

Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li pada sidang media di kediamannya, petang Sabtu.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Katanya, tiada sebab MT menunda tarikh tersebut kerana pilihan raya umum sudah berlalu.

Dalam sidang media yang dihadiri lebih 40 wartawan itu, beliau secara sinis menyatakan pelan peralihan kuasa itu bukan soal nak pindah harta kepada sesiapa ataupun jawatan kepada sesiapa.

Ku Li turut menyatakan kekecewaan kerana kira-kira 40 tahun menjadi ahli dan pemimpin UMNO, perlembagaan parti diperkotak-katikan untuk menjadi kedudukan sesetengah pemimpin melalui pelan peralihan itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelan peralihan kuasa dalam masa terdekat ini hanya berlaku pada peringkat Presiden UMNO sahaja.

"Nampaknya begitulah. Apa jua cadangan tak akan merubah keadaan kerana Perdana Menteri tetap Perdana Menteri.

"Kalau beliau dipilih juga pada Mac nanti, maka dia akan tetap kekal hinga 2010, jadi ia tak bawa makna apa-apa melainkan kita hanya sekadar dimainkan," katanya.

Katanya, pemilihan ini bukan soal kecil kerana seluruh negara dan ahli-ahli UMNO sedang menunggu dan melihat apa akan berlaku kepada kepimpinan parti dan negara.

“Kebetulan kepimpinan negara ditentukan kepimpinan pasti.dan negara kini perlu arah tuju yang baru,”katanya.

Ku Li juga mengulangi pendiriannya kekal mahu bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan nanti jika cukup kuota pencalonan.

Menjawab soalan sama ada beliau bertanding hanya untuk menjadi Presiden UMNO, Ku Li berkata, matlamatnya ialah untuk menjadi Perdana Menteri bagi membawa perubahan kepada negara ini.

"Saya akan cadangkan supaya pendapatan rakyat dapat ditingkatkan daripada 4,000 dolar Amerika setahun kepada 10,000 dolar Amerika setahun jika menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, beliau menawar diri kerana mampu menjawat jawatan itu kerana orang dalam dan luar UMNO boleh menerimanya.

Bekas Menteri Kewangan itu mendakwa, pimpinan parti dan negara di peringkat atasan kini tidak mampu membawa perubahan dan kebaikan kepada rakyat malah negara luar juga melihat kedudukan negara tidak lagi stabil terutama dibidang ekonomi.- 27/9/2008

-------------------------


Ku Li dah tak main ‘ gear undur '





Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya terus masuk ‘gear’ kerana percaya akan dapat pencalonan bahagian yang cukup iaitu 58 bagi bersaing merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Tak kira berapa penjuru sekalipun termasuk spekulasi kemungkinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak serentak bertanding… ahli Parlimen Gua Musang itu sudah buat pilihan ‘lawan tetap lawan’.

Malah, ketika ditanya, sekiranya Abdullah tidak tawar diri bertanding mempertahankan jawatannya seperti didesak oleh esetengah pemimpin politik sekarang dan hanya beliau dan Najib sahaja , apakah beliau akan kompromi atau beri laluan kepada timbalan presiden itu, ini jawapannya:

“Saya bukan pemimpin flip flop. Ini soal nak selamatkan parti, orang Melayu dan negara. Tak timbul soal kompromi Saya sudah tawarkan diri bukan soal tawar menawar. Jika cukup pencalonan, terpulang perwakilan memilih.”.



Ditanya sama ada pada pemilihan kali ini wujud Team A, B dan C ke , Tengku Razaleigh hanya ketawa barangkali teringat pertembungan Team A pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B pimpinanya pada pemilihan 1987.

“Kalau adapun, perwakilan lebih banyak pilihan. Ahli UMNO kena pilih pemimpin yang bersih dan tak ada skandal. Bukan bermakna saya tak ada skandal (sambil ketawa) tetapi UMNO perlu ada pemimpin ‘role model,” katanya.

Bercakap hampir sejam dengan Agendadaily di kediamannya di Kuala Lumpur , Ku Li bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan kegusarannya tentang soal politik wang yang boleh menjejaskan bahagian-bahagian UMNO mencalonkannya.



Bekas Menteri Kewangan yang meninggalkan Kabinet pada 1987 itu mendakwa ada aura-ura‘hujan duit’ akan berlaku dan beliau bersiap memasang ‘spy’ bagi memastikan mereka yang memberi dan menerima diambil tindakan.

“Saya sudah minta kawan-kawan dan penyokong perhatikan ini di bahagian-bahagian dan halang (politik wang) serta bertindak cepat. Kita akan lapor kepada BPR (Badan Pencegah Rasuah), polis serta jawatankuasa disiplin parti,” katanya.

Katanya, parti sudah mengeluarkan kod etika dan jika itu tidak dipatuhi adalah lebih baik tidak diadakan pemilihan jika kod itu tidak digunapakai bagi menyekat politik wang.

Beliau mahu kod itu memerangkap calon yang menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan dan mereka yang terbabit harus digugurkan atau hilang kelayakan bertanding.

Dalam perbualan itu juga, beliau ditanya kenapa tidak pernah serik bertanding dan menawarkan diri dalam pemilihan parti walaupun pernah kalah dengan 43 undi ketika menentang Tun Dr Mahathir Mohamad pada pemilihan 1987.

Maklumlah, dalam usia sudah mencecah 71 tahun, anak raja Kelantan ini sudah bergelumang dengan politik ketika berusia 22 tahun dan setahun kemudian dipilih sebagai Ketua Bahagian selain menjadi menteri.

Ada sesetengah pihak mengandaikan Ku Li sudah ada serba serbi dan apa lagi diharapkan beliau dengan ‘memanaskan’ gelanggang pemilihan parti hujung tahun ini selepas ditangguhkan 18 bulan.

Beliau menjawab soalan ini dengan ketawa tetapi sebentar kemudian air mukanya serius.

“Saya sayang parti dan bangsa Melayu. Ini tiada had…sampai mati. UMNO kini lemah. Kalau tak ada parti (UMNO), tak ada harapan Melayu pada masa depan. Semangat dan api perjuangan saya sentiasa membara. Bukan kerana pangkat...ini (bertanding) atas kesedaran,” jelasnya.

Beliau menyifatkan politik dan masa depan orang Melayu kini mulai terancam apabila ada suara-suara semakin berani mempertikai hak orang Melayu termasuk mempersoalkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ini katanya diburukkan lagi dengan perasaan penduduk Sabah yang berasa tidak puas hati kerana dianggap terpinggir daripada pembangunan berbanding di Semenanjung.

“Masalah ini kena selesai kerana ianya soal integreti Malaysia supaya negara tidak berpecah,” katanya lagi.

Ku Li menjanjikan perubahan jika terpilih kelak dengan memberi penumpuan kepada memudahkan generasi baru menyertai UMNO sebagai pemimpin pelapis.

Pembaharuan ini katanya perlu kerana ketika ini golongan muda terutama golongan terpelajar dan profesional kena menunggu lama sebelum diterima sebagai ahli UMNO.

Dalam sesetengah keadaan pula katanya, golongan ini seperti disekat kerana pemimpin sedia ada cuba mengekalkan kedudukan semata-mata untuk menguasai parti demi survival politik masing-masing.

“Kita kena sedar bahawa 61 peratus rakyat negara ini ada golongan muda. UMNO adalah parti Melayu dan kita tidak patut tolak mereka. Parti komponen BN lain patut berbuat perkara sama,” ujar beliau.

Katanya juga, orang Melayu tidak menolak UMNO tetapi menolak pemimpin tertentu yang mementingkan diri sendiri.

“UMNO masih parti yang kuat. Kita ada kira-kira 80 kerusi di Parlimen. UMNO tak kalah dalam pilihan raya umum lalu…tetapi kerana sikap sesetengah pemimpin ini tadi, BN hilang banyak kerusi,” katanya.

Diakhir perbualan ketika ditanya sama ada Dr Mahathir akan menyokongnya dalam pemilihan itu kelak, Ku Li berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya demi membawa perubahan dalam UMNO.

Malah, beliau mengakui dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu beberapa minggu lalu, Dr Mahathir menekan soal perlunya UMNO diberi nafas baru.

“Tun sendiri cadangkan saya berpakat menyelamatkan UMNO, bukan Tun ikut caranya dan Ku Li ikut cara Ku Li,”katanya.- 24/9/2008

-------------------------------


Tak semudah itu…





Cakap mudah… tetapi realitinya Tengku Razaleigh Hamzah sendiri meragui bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mencapai impian menjadi Perdana Menteri dengan ikatan rapuh DAP dan PAS yang mempunyai perbezaan ketara dalam dasar dan ideologi.

Atas hakikat ini Ahli Parlimen Gua Musang yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu yakin negara akan menghadapi keadaan yang buruk sekiranya Anwar menerajui kerajaan.


“Bagaimana hendak tadbir Malaysia dengan wujudnya dua ideologi dan dasar yang berbeza."

"Saya rasa sukar bagi Anwar kerana DAP adalah rakan baik semasa pilihan raya, tapi apabila dasar dan ideologi mereka diambil kira, saya rasa Anwar tidak akan berjaya,"katanya.

Katanya Anwar yang dilantik ketua pembangkang di Parlimen perlu membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan, dan Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan majoriti.

"Bila dia (Anwar) mendakwa memiliki jumlah itu (Anggota Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat), dia perlu membuktikannya, tapi dia gagal berbuat demikian, dia ini pandai buat tawaran yang dianggap popular kepada mereka yang mempercayainya," katanya pada sesi dialog dengan pengendali-pengendali blog sebelum majlis berbuka puasa di rumahnya di Kuala Lumpur Ahad.



Tengku Razaleigh berkata Anwar berharap untuk menarik sokongan orang ramai terhadap agendanya untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Sebab itu ada penyokong di kalangan parti Gerakan, MCA, MIC tertarik dengan tawaran dia. Ini memang menjejaskan BN. Pada pilihan raya lalu (8 Mac) BN kalah di banyak tempat. Selain dari itu, ada juga isu-isu yang lain," katanya.

Sementara itu ketika bercakap kepada Agendadaily Tengku Razaleigh berkata

tiada jalan mudah bagi Ketua Pembangkang itu untuk ambilalih kerajaan walaupun beliau menghadap yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin untuk membuktikan beliau cukup majoriti dalam parlimen melalui ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwanya lompat parti.

Katanya, Anwar boleh bercita-cita nak jadi Perdana Menteri dan menghadap Yang Dipertuan Agong tetapi jika beliau betul-betul ada jumlah ahli parlimen yang cukup menyokongnya, ianya mesti diuji di Parlimen.

Sidang parlimen sesi terdekat akan bermula 13 Oktober ini.

“Ikut perlembagaan, jika Anwar betul-betul ada jumlah itu, dia bawalah (ahli parlimen) untuk usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen. Jika Perdana Menteri tak dapat sokongan dan Anwar ada cukup sokongan, Abdullah kena berhenti,” katanya.



Menurut Tengku Razaleigh Anwar tidak boleh buat cerita macam di kedai kopi kononnya sudah cukup ahli parlimen untuk jadi Perdana Menteri tanpa membuktikannya.

“Untuk membuktikan ini, Anwar kena pergi ke Parlimen bukan guna kuasa Yang Dipertuan Agong. Perlembagaan sudah tentukan, kekuatan satu kumpulan ditentukan di Parlimen,” katanya.

Katanya apabila Perdana Menteri jatuh dalam Parlimen, beliau mesti letak jawatan dengan menghadap Agong dan secara automatik jika ini berlaku, setiap menteri Kabinet gugur.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh berkata mengikut perlembagaan, hanya Yang Dipertuan Agong berkuasa menentukan dan memilih siapa Perdana Menteri.

“ Ini tidak semestinya Anwar. Baginda boleh memanggil (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Anwar atau mana-mana ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Malah, secara berseloroh, Tengku Razaleigh berkata, yang Dipertuan Agong juga boleh melantiknya kerana beliau Ahli Parlimen Gua Musang.

Bagaimanapun katanya, Yang Dipertuan Agong mempunyai pilihan lain dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum semula .- 21/9/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.