Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dr Md Isa masuk kerja

Dr Md Isa masuk kerja



Dikala musim tengkujuh terus menyelubungi Terengganu…di Perlis yang baru-baru ini juga dilanda ribut, Menteri Besar yang baru Datuk Dr Md Isa Sabu secara rasmi masuk kerja pagi Isnin.Beliau memulakan tugas rasminya dengan berucap depan 300 kakitangan awam di dataran Mini Putrajaya di Kangar. Md Isa turut memperkenalkan barisan anggota Exco Kerajaan negeri Perlis yang terdiri daripada Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali, Abdul Jamil Saad, Mat Rawi Kassim, Yip Sun Onn dan Jafperi Othman.- 24/3/2008




--------------------------------








Dr Isa Sabu angkat sumpah jawatan MB Perlis...Shahidan tak hadir

Datuk Dr Md Isa Sabu selamat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis pada jam 5.35 petang Isnin di depan Raja Perlis di Istana Arau.

Kesemua 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis yang lain hadir kecuali bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ini menamatkan episod rundingan pi balik..pi balik selama hampir seminggu antara kumpulan Shahidan dan kumpulan Dr Isa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Diketika yang sama Raja Perlis tetap bertegas mahukan Dr Isa jadi Menteri Besar.- 6.10 petang 17/3/2008.

-----------------------------


MB Perlis: Jadi ke tak jadi...?


Gambar kanan atas - Datuk Dr Md Isa Sabu disambut oleh ribuan para penyokongnya setiba Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star jam 8 pagi Isnin dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kangar.

Sehingga berita ini ditulis jam 12.30 tengahari ini belum ada kepastian samaada rundingan saat-saat akhir yang dikatakan melibatkan 'kompromi terhad' dicadangkan oleh pihak Datuk Seri Shahidan Kassim diterima atau tidak oleh Dr Isa dan orang-orangnya serta Istana Perlis.

Dibawah cadangan itu ada beberapa nama ahli Dewan Undangan Negeri lain disenaraikan sebagai Menteri Besar Perlis sebagai alternatif kepada Dr Isa.

Satu sumber UMNO Perlis memberitahu Agendadaily setahunya setakat tengahari ini pihak Istana Perlis masih bertegas mahu Dr Isa dilantik sebagai Menteri Besar."Saya tak dengarpun ada sebarang perubahan,"katanya.

Mengikut laporan majlis angkat sumpah jawatan Dr Isa dijadual berlangsung jam 5 petang ini di depan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.- 17/3/2008


-----------------------------------


TERBARU: Ada cadangan ‘ kompromi terhad’ bagi selesaikan krisis MB Perlis


Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengadakan pertemuan lagi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi Ahad.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis BMW berwarna hitam, bernombor plat RG12, keluar dari perkarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 2.40 petang bersama empat kenderaan lain.

Shahidan dilihat memasuki perkarangan bangunan tersebut kira-kira pukul 11 pagi dan difahamkan beliau bertemu Abdullah kira-kira 12.40 tengah hari.

Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media apabila pemandu kenderaannya memecut laju sebaik sahaja kenderaan itu dihampiri oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, bagi mendapatkan ulasan.


Sumber-sumber UMNO Perlis memberitahu Agendadaily ada satu formula yang disebutnya sebagai ‘ kompromi terhad’ dibincangkan dalam pertemuan itu.

Ikut ceritannya antara jalan tengah untuk selesai krisis itu ialah timbul cadangan menamakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri lain yang boleh diterima oleh kedua pihak serta Istana Perlis sebagi Menteri Besar baru.Setakat ini tak pasti samaada puak Datuk Dr Isa Sabu dan Istana Perlis dapat terima atau tidak kompromi itu .

Dalam krisis itu 8 ADUN berpihak kepada Dr Md Isa manakala empat lagi disebelah Shahidan

Sumber itu enggan menyebut nama-nama ADUN yang disenarikan sebagai alternative kepada Dr Md Isa dan Shahidan.”Biarlah rundingan ini dijalankan secara sulit.”katanya.Menurut sumber itu satu tempoh masa diberikan bagi merundingkannya.

Kepada satu soalan sumber itu tidak menolak kemungkinan jika persetujuan dicapai Shahidan mungkin dibawa ke pusat.- 16/3/2008


------------------------------


Krisis MB Perlis…dah jadi 'cacamarba'


Tempo krisis lantikan Menteri Besar Perlis berubah ubah dari masa ke semasa.Ada yang sudah menyifatkan keadaannya sebagai dah jadi cacamarba.

Ini merujuk kepada kenyataan Datuk Dr Md Isa Sabu hari ini mendakwa keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantiknya sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Angka yang beliau berikan ialah lapan ADUN.Nama yang beliau senaraikan ialah Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh).

Tolak lapan ADUN campur Dr Isa (Bintong) sendiri maka 9.Barisan Nasional menang 14 dari 15 kerusi DUN di Perlis.Maka di pihak Shahidan ada 5 termasuk dirinya.

Kalau mengikut hukum hakam amalan demokrasi betullah kata Dr Isa beliau yang layak.

Sebaliknya sudah menjadi amalan Perdana Menteri yang menetapkan siapa Menteri Besar di sesebuah negeri.

Moral politik yang agak sumbang di sini ialah pastinya ramai yang bertanya siapa sebenarnya yang berkuasa sekarang.

Ini bila Dr Isa berani bercakap secara terbuka kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menghantar surat cadangan kepada Raja Perlis untuk melantik Menteri Besar dan bukannya watikah pelantikan seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan Jumaat.

"Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya.

Kata Dr Isa lagi surat tauliah pelantikan telah disampaikan Raja Perlis kepada beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.

Sedangkan Abdullah sejelas-jelasnya dipetik oleh satu laporan Bernama Khamis berkata beliau telah menyerahkan surat watikah kepada Shahidan yang membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dan membentuk barisan Exco negeri itu.


"Surat watikah itu adalah untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Mulia Raja Perlis supaya dia dilantik sebagai Menteri Besar dan tubuh kerajaan negeri Perlis," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Dr Isa berkata Perdana Menteri mempunyai hak untuk memberi cadangan kepada Tuanku Raja tetapi akhirnya Raja yang ada hak untuk membuat pilihan

“Saya telah berjumpa Perdana Menteri Isnin lepas untuk memaklumkan perkara ini dan Perdana Menteri mendengar dan mengambil maklum tentang perkara ini," katanya.

Katanya kesembilan daripada mereka mempunyai sebab kenapa tindakan itu dibuat.

"Kami punyai sebab-sebab tersendiri kenapa sembilan daripada kami bersama-sama untuk melakukan perubahan pucuk pimpinan. Semasa kempen pilihan raya selama 13 hari, kami berkempen bukannya kerana berlawan dengan pembangkang tetapi dengan krisis dalaman pucuk pimpinan Umno Perlis sendiri," katanya.

Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya memihak kepada mereka dan rakyat memberikan kemenangan yang tinggi kerana yakin terhadap keupayaan mereka. "Saya mendapat maklum balas bahawa rakyat gembira dengan perubahan baru ini. Jika tuan puan tidak percaya, datanglah ke Perlis hari ini dan melihat sendiri sepanduk yang dipasang rakyat untuk menyatakan sokongan," katanya.


Kenyataan Dr Isa menidakkan kenyataan rasmi seorang Perdana Menteri mengejutkan ramai pihak.

ADUN Bintong itu mungkin berani merobek satu keputusan Perdana Menteri kerana merasakan ‘kekuatan’ kini menyebelahinya dengan 8 ADUN bersamanya ditambah pula dengan sokongan Istana Perlis.

Dalam keadaan senario politik biasa beliau pastinya akan berdepan dengan tindakan disiplin parti.

Namun dalam keadaan kemelut yang kronik di Perlis ini tindak tanduk Dr Isa mungkin masuk dalam kategori special case.

Sumber-sumber UMNO Perlis sendiri mengakui berdasarkan perkembangan terbaru sehingga Sabtu malam ada kemungkinan Shahidan ‘terkangkang’.

“Melihat keadaan semasa yang begini dengan 9 vs 5 ADUN dan dokongan Istana Perlis di sebelah Dr Isa saya sendiri tidak tahu bagaimana Pak Lah nak selamatkan Shahidan,”katanya.

Sumber-sumber itu menduga salah satu jalan keluar kepada situasi yang membingungkan ini ialah melantik Shahidan sebagai Senator dan diberikan jawatan menteri.

Seorang ADUN boleh dilantik sebagai senator.

“Soalnya di sini apakah Shahidan sanggup berkompromi begitu?”katanya- 15/3/2008.


_____________________




Krisis MB Perlis:Menang pun susah...


Sehingga setakat berita ini tulis tengahari Sabtu samaada Datuk Seri Shahidan Kassim boleh tidor nyenyak atau tidak belum dapat dipastikan lagi.

Namun begitu beliau boleh merasa sikit lapang dada kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap tidak berganjak dari keputusan mahukan beliau terus menjadi Menteri Besar Perlis.

Sebelum ini ada yang ingat Shahidan temberang bila memberitahu para wartawan beliau sudah mendapat watikah berkenaan –iaitu keputusan rasmi parti dari Abdullah Selasa malam.


Dalam interbiu dengan Bernama Jumaat Abdullah sendiri mengesahkan beliau telah menyerahkan surat watikah kepada Shahidan.

Memang membingungkan kalau nak bercakap mengenai senario politik UMNO Perlis apabila melihat watikah lantikan diterima Shahidan tetapi Raja Perlis berkeras nak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini.

Orang politik di Perlis kebanyakannya tahu bahawa Dr Md Isa adalah orang Setiausaha Agung UMNO dan juga ahli parlimen Kangar , Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.


Agendadaily mendapat tahu sebilangan pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional Perlis telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Seri Perdana Khamis malam.

Sumber-sumber UMNO Perlis berkata kesemuanya mereka pulang dengan wajah gembira mendengar jaminan Abdullah semasa pertemuan selama kira-kira sejam itu.

Ikut ceritanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan kesemua 14 ADUN Perlis mematuhi keputusan Perdana Menteri.

Mereka yang engkar akan dikenakan tindakan disiplin.

Difahamkan dalam percaturan sebelum pilihanraya ekoran campurtangan Radzi dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azmi Khalid dipersetujui bahawa Shahidan akan jadi Menteri Besar selama dua tahun.


Dari 15 kerusi DUN di negeri itu 8 adalah orang Radzi-Azmi manakala 4 orang Shahidan.Tiga orang lagi dikira berkecuali.

Setelah BN Perlis menang besar iaitu 14 dari 15 kerusi DUN dan ketiga-tiga kerusi parlimen dalam pilihanraya umum itu lain pula jadinya.Pihak Radzi-Azmi yang didakwa telah mempengaruhi Istana Perlis sudah mungkir janji.


Soalnya sekarang apa akan jadi sekiranya Raja Perlis terus berkeras mahu Dr Md Isa sebagai Menteri Besar dan tidak mahu mengadakan majlis angkat sumpah untuk Shahidan?

“Depa nak tubuh kerajaan apa?...depa tak boleh tubuh kerajaan BN di Perlis kerana PM telah putuskan ia harus dipimpin oleh Shahidan,”kata sumber-sumber berkenaan.

Ditanya mengenai jumlah ADUN yang lebih ramai terdiri dari orang Radzi-Azmi,sumber-sumber itu mendakwa mereka sebenarnya telah dikelirukan.

“Depa semua ingat apa yang Radzi kata itu adalah wahyu dari PM sedangkan hakikatnya tidak.Tunggu dan lihat sajalah.depa berani tidak langgar keputusan PM ni,”katanya.

Sumber-sumber itu berkata apa yang paling dikesalkan sekali ialah peranan yang dimainkan oleh Radzi-Azmi dalam mencetuskan kekecohan dalam UMNO Perlis.


“Radzi sebagai Setiausaha Agung UMNO sendiri boleh buat hal.benda macam ni yang tak pernah terjadi dalam sejarah UMNO.Setiausaha Agung UMNO patut jadi orang tengah mentabir UMNO dan membantu Presiden parti.Ini tidak dia sendiri yang langgar peraturan parti.

“Sudah le tu dalam keadaan UMNO dan BN sudah hilang empat negeri dia bukan sibuk nak perbetulkan keadaan dalam parti tapi tukang tambah buat lagi kecoh,”katanya.


Dalam perkembangan berkaitan Shahidan yang ditemui para wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra berkata adalah menjadi hak Raja Perlis kalau masih tidak mahu melantik beliau sebagai Menteri Besar.

‘‘Tapi kalau Raja Perlis tidak mahu melantik sebab ada undang-undang yang mengatakan Tuanku boleh melantik (calon) yang boleh memberi keyakinan kepada Dewan Undangan Negeri, itu hak Tuankulah.

‘‘Hak rakyat yang pilih BN, kita akan cari tengok macam mana. Sebab rakyat pilih BN, dia bukan pilih individu. Oleh kerana rakyat pilih BN, maka BNlah yang akan memerintah.

‘‘Kalau orang lain daripada saya (dilantik) dan sekiranya dia pergi juga (angkat sumpah), maka dia dianggap pembangkanglah,” katanya. - 15/3/2008



-----------------------------

SUASANA POLITIK PERLIS JADI HARU BIRU

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri awal Selasa malam nyata meleset.

Sebaliknya Raja Perlis terus berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu ( gambar kecil ) sebagai Menteri Besar.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini.Dr Md Isa diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Sementara itu Agendadaily difahamkan Shahidan kini sedang berada di Jabatan Perdana Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi menangani kemelut terbaru ini.

Salah seorang orang kanan beliau ketika dihubungi berkata Shahidan akan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan parti itu.- 14/3/2008


---------------------------


Khamis malam… Datuk Seri Shahidan Kassim tampil buat pertama kali depan media sejak krisis mengenai jawatan Menteri Besar Perlis bangkit semula selepas pilihanraya umum.

Beliau yang sebelum itu mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Perlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengesahkan telah menerima surat watikah pelantikan pada Selasa lepas untuk terus menerajui negeri itu.

Umum sudah tahu beliau menghadapi masalah dengan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan ahli parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid yang didakwa cuba menyekat beliau kembali jadi Menteri Besar.

Dengan wajah yang macam orang tak ada masalah apa-apa,Shahidan memberitahu beliau akan menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Siraj 12 di Kuala Lumpur tengah hari Jumaat untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan selain memaklumkan mengenai cadangan barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis.

Menurutnya belum ada tarikh khusus ditentukan untuk majlis angkat sumpah kerana Raja Perlis masih berada di ibu negara.

Serentak dengan itu beliau berkata pihak-pihak yang cuba menyekatnya harus tahu peraturan.

"Jika ada orang anjurkan supaya saya tak disokong kita kena ikut peraturan. Jika dalam UMNO kita jumpa dalam mesyurat bahagian dan perhimpunan agong. Jika dalam BN keputusannya daripada PM. Jika tak puas hati dengan saya kena jumpa dalam mesyuarat parti," katanya.

Pada sidang akhbar itu juga, beliau berkata BN Perlis memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak selepas BN mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya lepas.

"Kita bertanding atas parti dan bukan individu. Ahli dewan yang tidak menyokong PM kena isytihar keluar daripada BN dan diberi peluang untuk menyatakan sokongan itu sehingga pukul 5 petang esok," katanya.

Beliau menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat keputusan sendiri dan tidak mengambil kesempatan untuk menyalahkan antara satu sama lain.

Katanya semua pihak harus bersatu padu supaya tidak diperkotak-katikkan oleh orang lain.

"Jika tidak berpuas hati kena berbincang bersama. Orang yang paling saya sayang...(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad)...tolong juga bagi semangat kepada Umno..Barisan Nasional,"katanya.- 13/3/2008



--------------------------




TERBARU:Shahidan dah dapat surat lantikan MB Perlis


Akhirnya setelah rundingan pi balik..pi balik sejak dua hari lalu Datuk Seri Shahidan Kassim telah dapat watikah untuk lantikan sebagai Menteri Besar Perlis.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Perlis,Datuk Hashim Suboh ketika dihubungi Agendadaily tengahari Rabu mengesahkan Shahidan telah dapat watikah berkenaan dari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada jam 7 malam Selasa.

Namun katanya setakat ini bila majlis angkat sumpah akan diadakan belum ditetapkan lagi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.Soal jawatan Menteri Besar Perlis didakwa telah menjadi rumit ekoran campurtangan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli parlimen Kangar dan ahli parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid.

Radzi dikatakan mahu ‘ orangnya’ dilantik jadi Menteri Besar.Hashim meminta mana-mana pihak supaya tidak lagi ganggu gugat kedudukan Shahidan.

Menjawab satu soalan beliau menegaskan Badan Perhubungan UMNO Perlis tidak akan tarik balik kenyataan menerusi sidang akhbar petang Selasa mendesak Radzi letak jawatan segera sebagai Setiausaha Agung UMNO.” Radzi adalah liabiliti kepada UMNO,”tegasnya.- 12/3/2008


-----------------------------


PANAS...PANAS...lantikan Shahidan sebagai MB masih ‘sangkut’…UMNO Perlis desak Radzi letak jawatan Setiausaha Agung UMNO

Kemelut UMNO Perlis rupanya belum beres.Asalnya ramai menduga keadaan menjadi reda setelah isu calon selesai menjelang pilihanraya 8 Mac dan Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka terus jadi Menteri Besar.

Sebaliknya selesai sahaja pilihanraya pertikaian membara balik sekalipun negeri itu mencapai kejayaan di ketiga-tiga kerusi parlimen dan 14 dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Jam 4.30 petang Selasa Badan Perhubungan UMNO Perlis mengambil langkah mengejut mendesak Setiausaha Agung UMNO Datuk Radzi Sheikh Ahmad meletakan jawatan serta merta kerana sudah hilang sabar dengan apa yang mereka dakwa karenah ‘macam-macam’ beliau yang boleh menjejaskan parti.

Ketua Penerangannya Datuk Hashim Subuh yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar mengetuai satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur membuat desakan itu.

Radzi antara lain didakwa menjadi dalang utama kemelut UMNO Perlis dan kini berusaha menyekat Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis.

Menjawab satu soalan Hashim juga mendakwa ahli parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid juga terlibat dalam usaha menyekat Shahidan itu.

Beliau mendakwa kedua mereka telah mungkiri persefahaman yang dicapai sebelum pilihanraya umum mengenai jawatan berkenaan.

Sehingga jam 5.30 petang ini kedudukan Shahidan sebagai Menteri Besar masih belum ada kepastian.

Selain Hashim (dua dari kiri) ,hadir sama di sidang akhbar itu ialah Ketua Pemuda Perlis,Datuk Rozabil Abdul Rahman ( kiri sekali) ahli parlimen Arau Datuk Ismail Kassim,( dua dari kanan) ,Ketua Pemuda Kangar Hamunir Hamzah (kanan sekali).

Menurut Hashim sebelum mengadakan sidang akhbar itu beliau telah menghubungi Shahidan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang sedang berada di Putrajaya bagi mendapatkan ‘ lampu hijau’.

Beliau menjelaskan tindakan mereka mendapat sokongan Timbalan Pengerusi UMNO negeri Datuk Zahidi Zainal Abidin, Ketua Wanita Negeri, Datuk Mastika Junaidah Hussin dan Ketua Puteri Rozienna Ahmad.

Mereka juga mendakwa Radzi menjadi punca Barisan Nasional menghadapi tsunami politik hingga kehilangan Pulau Pinang,Kedah,Perak dan Selangor kerana tidak beri laporan mengenai kedudukan on the ground yang sebenar kepada Perdana Menteri.

Beliau juga didakwa jadi punca kelewatan penghantaran lojistik pilihanraya seperti poster dan sebagainya ke bawah.

Hashim meminta pihak media periksa sendiri syarikat mana yang dapat kontrak berkenaan.

Mereka juga minta UMNO negeri-negeri dan bahagian-bahagian lain turut bersuara mengenai tindak tanduk Radzi yang tak sejajar dengan jawatannya sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Kata Datuk Hashim tindakan mereka bersuara semata-mata untuk menjamin Perlis,satu-satu negeri di Utara yang selamat dari tsunami politik pilihanraya umum baru ini terus selamat dan demi keutuhan UMNO di seluruh negara.

Serentak dengan itu mereka menyuarakan sokongan dan keyakinan penuh atas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut mereka jika Radzi buat kerjanya sebagai Setiausaha Agung dengan betul keadaan parti tidak akan jadi segawat ini. - 11/3/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.