Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Debat: Jawatan Menteri jadi taruhan…

Debat: Jawatan Menteri jadi taruhan…



Tajuk diatas bunyinya macam orang nak berjudi.Itu dalam bahasa yang direct to the point .

Ikut kata sebenar Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek jika beliau 'gagal' dalam debatnya dengan Penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 15 Julai ini beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang baru.

Pi mai pi mai maksudnya sama saja.

Ahmad Shabery baru duduk di kerusi Menteri Penerangan empat bulan.Sebelum pilihanraya 8 Mac Ahli Parlimen Kemaman ini ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Luar.

Katanya beliau merasa tidak layak jadi Menteri Penerangan jika tidak mampu pertahankan dasar kerajaan. "Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja" katanya ketika ditemui Agendadaily lepas satu acara di Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.

Ahmad Shabery melihat debat ini adalah satu hal yang serius dan amat sedar beliau kena berdepan dengan Anwar yang terkenal sebagai orang yang cukup petah berdebat.

Beliau yang baru pulang dari menghadiri satu mesyuarat di Venezuela menggangap ia satu amanah yang perlu dipikulnya untuk meleraikan kekeliruan dan rasa tidak puashati dikalangan orangramai berhubung keputusan kerajaan menaikan harga minyak.

“Saya percaya 120 peratus keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu betul.Jadi saya kena pertahankannya,”katanya.

Menjawab satu soalan Ahmad Shabrey menjelaskan beliau tidak mahu RTM menjadi penyiar siaran langsung debat itu kerana tidak mahu dituduh mengunakan stesyen televisyen di bawah kementeriannya itu untuk kepentingan peribadi.

“Sebab itu saya serahkan kepada Agendadaily selaku penganjur berunding dengan stesyen televisyen lain,”katanya.

Ahmad Shabrey kata hasratnya menerima undangan Agendadaily menyertai debat ini semata-mata untuk mempertahankan dasar dan keputusan kerajaan dan tidak ada tujuan lain.

"Saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO Disember ini.Jadi siapapun tidak boleh kaitkan debat ini dengan politik peribadi,"katanya.

Sebelum itu pada sebelah petang ketika bercakap kepada Bernama di bangunan Parlimen Ahmad Shabery berkata beliau yakin langkahnya untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada 15 Julai ini dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lepas.

Katanya tidak seharusnya timbul kebimbangan sesetengah pihak bahawa ia mengundang risiko kepada kerajaan.

"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut.

"Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya.

Beliau mengakui bahawa debat itu adalah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat negara ini dan sehubungan itu, sudah pasti akan timbul rasa bimbang kepada sesetengah pihak.

"Memang ada yang akan bimbang dengan debat ini... tapi percayalah perkara (debat) itu akan beri manfaat kepada negara kita," katanya.

Dalam pada itu isu perdebatan antara Ahmad Shabery dan Anwar mengenai kenaikan harga bahan api mendapat reaksi yang berbeza daripada kalangan anggota Parlimen.

Terdapat barisan penyokong kerajaan yang meminta debat itu dibatalkan kerana mendakwa ia tidak akan mengatasi sebarang masalah dan pertentangan pendapat, malahan kemungkinan Anwar akan menggunakannya untuk menggelirukan lagi fikiran rakyat.- 9/7/2008

---------------------


Siaran langsung debat Anwar-Shabrey di TV3

Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV3 selaku penyiar rasmi.

Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.

Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur,50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '. - 9/7/2008


--------------------------

SAH...Anwar beri surat setuju debat dengan Shabery

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan persetujuan hitam putih bertarikh 7 Julai kepada Agendadaily untuk hadir bagi berdebat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Surat berkenaan diserahkan oleh Pengrah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik oleh Anwar bagi pihaknya untuk menguruskan prosedur debat berkenaan.

Shabery telah memberi surat sahkan kehadirannya pada 26 Jun lalu.

Debat tersebut akan berlangsung pada 15 Julai depan (Selasa) jam 9 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Debat itu akan disiarkan secara langsung dan pihak Agendadaily telah mendapat pengesahan stesen TV yang akan siarkan debat itu secara langsung. - 8/7/2008

-------------------------------------------

DEBAT ANWAR VS SHABERY 'ON'... Saifuddin akan runding prosedur debat

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution untuk merundingkan prosedur debat yang akan disiarkan secara langsung di televisyen antara beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan pada 15 Julai ini.

Beliau menyatakan demikian dalam tulisannya mengenai debat berkenaan di laman blognya www.anwaribrahimblog.com.

Kata Penasihat PKR itu beliau masih mengharapkan dapat berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya.

Namun katanya jika mereka berdua keberatan beliau sedia berdebat dengan Ahmad Shabery.



Berikut ialah tulisan Anwar di laman blognya.

Saya keberatan ikut serta dalam debat tersebut kerana hanya melibatkan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek. Saya telah mencadangkan supaya PM Abdullah atau Timbalan PM Najib atau kedua-duanya menyertai debat tersebut.

Walaubagaimanapun jika mereka keberatan, inshaAllah saya bersedia. Saya perlu menjelaskan kaedah perlaksanaan cadangan Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak. Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan - PAS, DAP dan KeADILan di rumah saya minggu lalu. Saya telah meminta Sdr Saifuddin Nasution merundingkan prosedur debat.

InshaAllah..kita nantikan 15 Julai ini.- 7/7/2008

---------------------


DEBAT ANWAR VS SHABERY 'ON'

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya pada Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.

Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.

Ahmad Shabrey sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.

Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Berikut ialah transkrip ucapan Anwar semasa beliau sentuh hal debat :

"Kita mahu ambilalih kerajaan kerana hari ini kita ambilaih kerajaan esok harga minyak tetap turun.

Sebab itulah bila ada cadangan nak adakan debat mengenai 'Hari ini menang minyak turun' Menteri Penerangan dengan saya…saya jawab lebih baik saya debat dengan Perdana Menteri, kalau tak boleh dengan Perdana Menteri seorang, saya setuju saya seorang debat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (berdua).

Ini untuk debat pada 15 Julai nanti, saya minta Datuk Dollah dan Datuk Najib setuju bincang kalau dia kata kita tidak tahu cara nak turunkan harga minyak…

Jadi saya nak terangkan pada dia, biar dia dengar betul-betul…

Saya bukan nak bagi alasan, say nak terangkan setelah saya bincang dengan pemimpin PAS, Keadilan dan DAP tentang debat ini, kalaulah Datuk Dollah dan Datuk Najib tak sanggup…saya masih sanggup dengan Menteri Penerangan pun saya nak habaq dan saya nak jelaskan pada rakyat, bagaimana minyak boleh turun.

Jangan kata pulak, Anwar beranilah dengan Menteri Penerangan…bukan, saya dah minta debat dengan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri…dua-dua sekalipun boleh, setengah kabinet sekali pun boleh…

Kaedahnya saya akan terangkan pada 15 Julai, inilah pertama kali saya nak ajak saudara-saudara tengok televisyen di Malaysia ini.

Jangan dia bagi alasan pulak untuk batalkan program ini…dia cabar saya, cabar…cabar…saya tak mahu…sebab tidak mahu debat dengan Menteri Penerangan…nanti kalau menang, bolehlah dengan budak-budak lawan…mari bapa budak lawan, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri…itu first choice …tak boleh tak apalah menteri pun menteri lah.

Ini soal debat…debat ini soal harga minyak…ada orang yang tanya saya, Anwar, are you sure conclusively that you can effectively lower turunkan harga minyak di negara kita.

Saya jawab, saya tak nafi kenyataan global sekarang...saya yakin banyak bocor..banyak ruang yang kita kumpul…kita cakap harga minyak naik pendapatan negara bertambah besar…kita tahu bagaimana perlaksanaan program subsidi yang tidak semuanya menguntungkan rakyat." - 6/7/2008


---------------------------------

Ahmad Shabery minta Anwar guna forum debat isu minyak sebaik-baiknya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menggunakan forum debat pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan.

Katanya Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

"Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan.

Mari bersemuka, biar rakyat mengadili," katanya kepada Bernama di Isla Magarita, Venezuela semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh hari Jumaat.

Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.

"Perhimpunan tidak perlu, hendak mengumpul rakyat. Ini kaedah lama Anwar, dia kena ingat dia bukan lagi pemimpin pelajar," katanya.

Mengenai janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memerintah, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan itu sebagai "kata-kata kosong" yang bertujuan memancing sokongan rakyat.

Beliau berkata janji Anwar mungkin boleh menyebabkan negara tunduk kepada kuasa asing kerana terpaksa berhutang.

"Apakah sekali lagi kita hendak meletakkan negara kita kepada cengkaman IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang pernah Anwar cuba guna kaedah itu semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar," katanya.

Beliau berkata untuk menjadi pemimpin negara, terdapat saluran yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk menyuarakan pandangan iaitu melalui pilihan raya, Parlimen dan juga media. "

Kalau hendak jadi pemimpin kena menyuarakan pandangan dengan lebih bertamadun. Bukan ajak orang ke jalan raya," katanya.

Satu perhimpunan Protes Sejuta Rakyat dijadualkan berlangsung Ahad ini di Petaling Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ahmad Shabery meminta rakyat agar tidak diperalatkan oleh Anwar yang kini tersepit dengan "masalah peribadi" dengan menyertai perhimpunan itu.

"Baru-baru ini sibuk kata keselamatan terancam, hingga masuk Kedutaan Turki, kenapa sekarang hendak mengajak orang kepada keadaan yang boleh mengancam kehidupan rakyat, langkah dan tindakan yang boleh ancam kestabilan dan keselamatan negara," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sekiranya didapati perhimpunan yang dirancang itu bersifat mengganggu ketenteraman awam.- 5/7/2008

-----------------------------

Debat Shabery VS Anwar...



Setakat hari ini, Sabtu (waktu berita ini ditulis) Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi beri sebarang jawapan rasmi kepada surat yang dihantar Agendadaily beberapa hari lalu mengundangnya untuk menyertai debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek

.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' itu dicadangkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 15 Julai ini dan akan disiarkan secara live menerusi televisyen.Ada juga kalangan pemimpin PKR cuba perkecilkan Ahmad Shabery kata ' siapa dia berbanding Anwar '.

Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika ditemui di bangunan Parlimen Selasa lalu kata beliau yakin dengan kemampuan Ahmad Shabery untuk berentap dengan Anwar dalam debat itu.- 5/7/2008

-------------------------------

Debat... bagus kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Agendadaily sebagai "bagus".

Katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di bangunan Parlimen, beliau yakin Shabery mampu mempertahankan dasar kerajaan.- 1/7/2008

-----------------------

Tak lojik ...

Itu kata Tengku Razaleigh Hamzah pada Agendadaily bagi mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau mampu turunkan harga minyak esoknya sebaik saja Pakatan Rakyat berkuasa.Pengasas Petronas itu kata ia kenyataan populis.

Beliau hairan bagaimana nak turunkan harga minyak sedangkan harga minyak dunia terus meningkat.Menurut Ku Li negara boleh bangkrap jika nak buat macam Anwar kata tu.- 1 /7/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.