Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Bersumpah langkah paling akhir…

Bersumpah langkah paling akhir…

Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan agar beliau menjadi orang tengah majlis angkat sumpah junjung Al-Quran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan kerana berpendapat itu sewajarnya adalah langkah terakhir selepas diadili menerusi proses perundangan.

“Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” katanya menjawab soalan para wartawan ketika ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin.

Jumaat lalu Mursyidul Am PAS itu menyokong cadangan bersumpah untuk bukitikan siapa yang benar yang asalnya disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Namun beliau memberi pandangan sama seperti hari Isnin .Katanya "dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya.

“Kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya,”ujarnya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemui para wartawan lepas satu acara di Putrajaya mempersoalkan kenyataan Anwar meletakkan syarat sebelum sedia bersumpah.

Anwar dalam ucapannya di himpunan Proted Sejuta Rakyat di Stadium Kelana Jaya Ahad malam kata tetapi beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana ia satu dakwaan jenayah.

''Ini syarat apa...bunyi syaratnya dia tak mahulah (bersumpah) gayanya," katanya.- 7/7/2008

----------------------------------

Komen Anwar mengenai sumpah junjung Al Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim kata di himpunan Protes di Stadium Kelana Jaya Ahad malam beliau sedia sumpah junjung Al Quran soal dakwaan liwat jika ia diatur oleh para ulamak yang berwibawa.

Apapun katanya dalam hal ini beliau berpegang kepada pandangan Mufti Perak Datuk Harusani Zakaria yang kata beliau tak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

Ikut pandangan Harussani dakwaan Saiful Azlan terhadap Anwar adalah dakwaan jenayah.Menurut Harussani kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud.

Cadangan sumpah ini asalnya dibuat oleh Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Ia disokong oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sementara itu bercakap kepada para wartawan di Alor Star, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berpendapat bersumpah dengan menjunjung al-Quran atau 'mubahalah' tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja akan mendedahkan aib seseorang di khalayak umum malah akan menimbulkan kesan lebih besar terhadap umat Islam.


Transkrip ucapan Anwar bila menyentuh bab sumpah

Setelah saya rujuk dengan para ulama dalam negara dan luar negara…saya ingin nyatakan di sini dan secara kebetulan mufti perak baru saja buat kenyataan dan dikupas oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya…ulama luar dan dalam negara nasihatkan pada saya, pertama : kes kupasan mana-mana pertuduhan, kalau ikut syariat..ikut syariat Islam.

Yang tuduh bertanggungjawab mengemukakan bukti…

Kes ini berkaitan dengan hudud, orang yang buat aib dan tuduh kena kemukakan bukti…

Saya minta kes itu biar kuat dan ada asas kerana setakat saya faham hari ini kes ini tidak ada asas sama sekali…ini fitnah jahat sama sekali…

Kenyataan lengkap Mufti Perak dalam kes ini, saya akan tunduk baik cara hukum sekarang ini dan pardon of proof dalam criminal charge itu mereka bagi bukti pada saya…biar saya jawab fitnahnya ke mana…jangan main-main isu ini…

Kalau nak ikut syariat Islam, kita ikut betul-betul…hadapkan saya ke mahkamah syariah dan kita tunduk pada peraturan Islam.

Kalau diminta selepas semua proses dijalankan, Anwar dan penuduh dikehendaki bersumpah dengan nama Allah…saya beritahu pada malam ini….InsyAllah saya akan lakukan…

Ini urusan yang ditentukan dalam syarak…mengikut keadah syarak…dan mesti dinasihat oleh ulama-ulama yang berwibawa… 6/7/2008


-----------------------

Nik Aziz sokong sumpah junjung Al-Quran

Idea meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk tentukan kebenaran dakwaan liwat semakin mendapat sambutan.

Hari ini Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong cadangan yang asalnya dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada para wartawan di Kota Bharu.

Sementara itu Pengerusi Putera UMNO Datuk Azeez Rahim juga cabar Anwar bersumpah di Masjid Negara - 4/7/2008




Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.