WANITA KEDAH TENAT KEWANGAN - June 15, 2010

WANITA Kedah dilanda masalah kewangan dan krisis pentadbiran yang tenat? Begitulah khabar diberitahu tentang prestasi Wanita Kedah yang diterajui tokoh jutawan terkemuka Dato’ Maznah Hamid. Pada awalnya memang Wanita Kedah sedikit berbangga apabila Maznah dipilih untuk mengetuai Wanita UMNO di negeri ini. Sekurang-kurangnya mampu mengetengahkan program-program meningkatkan ekonomi anggota pergerakan di negeri itu sementalaah beliau amat berbakat dalam bidang keusahawanan.


APA PERUBAHAN WANITA DIJANJIKAN SHAHRIZAT ? - May 25, 2010

“Datuk Seri Shahrizat kena ubah pendekatan politik kalau tidak akan menerima nasib seperti mana dilalui oleh Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaimen (bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO sessi 1996-2000).’’ Begitulah luahan beberapa pemimpin Wanita dipercayai penyokong setia Shahrizat. Mereka ditemui selepas beberapa hari menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.


WANITA UMNO CIPLAK SLOGAN MUSLIMAT PAS ‘KAMI PRIHATIN’ ? - April 16, 2010

BELUM habis mengah dengan Konvesnyen Wanita UMNO baru-baru ini dilangsungkan pula Konvensyen Wanita dan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam merungut ramai juga pemimpin termasuk Exco Wanita yang hadir dalam konvensyen ini sebelum masing-masing meluangkan masa mendengar ucapan perasmian Tun Dr Mahathir Mohamad di Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Pusat Dagangan Dunia Putra.


ISU WANITA DAN PUTERI UMNO TAK SUDAH - March 25, 2010

RUPA-RUPANYA ramai pemimpin Wanita UMNO yang kepanasan apabila keluaran lepas akhbar ini menulis tajuk ,’’ KPI Ketua Wanita Negeri Corot’. Tambahan artikel berkenaan turut menyentuh akan kewibawaan, Ketua Wanita UMNO Negeri Johor, Sharifah Azizah Syed Zain yang khabarnya sudah habis penggal menjadi Ahli Dewan Negara mahu berubah angin pula menjadi Wakil Rakyat. Biasalah takkanlah Ketua Wanita Negeri yang diberitakan rapat dengan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah mahu disisihkan sebagai calon wakil rakyat Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) pula? Mungkin Sharifah Azizah boleh bertanding salah satu kerusi DUN yang mempunyai 50.601 peratus pengundi Melayu iaitu Mahkota. Dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 , DUN Mengkibol dalam kawasan Parlimen Kluang jatuh ketangan DAP.


KPI KETUA WANITA NEGERI COROT ? - March 2, 2010

TATKALA ini Wanita UMNO bolehlah bersorak sorai kerana hasrat menubuhkan Kursi Kepimpinan Wanita bakal tercapai dalam masa setahun lagi. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak nampaknya menyokong penuh hasrat Wanita UMNO yang diketuai oleh Datuk Hajjah Shahrizat Abd Jalil dalam menjayakan misi melahirkan wanita yang inovatif , tangkas berfikir dan mempunyai bakat kepimpinan boleh dibanggakan oleh negara.


‘ANTARA DUA DARJAT ’ DI PULAU PINANG - January 19, 2010

RAMAI yang berpendapat UMNO tidak rasional apabila menggesa jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ini diserahkan kepada pemimpin parti itu. Manakala parti Gerakan yang mengetuai parti ini di negeri ini selama 35 tahun secara terbuka turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin UMNO Pulau Pinang. Seolah-olah Gerakan ingin memberitahu Malaysia bahawa selama 35 tahun mengetuai BN Pulau Pinang berjaya memperjuangkan rakyat semua kaum di negara in. Sama ada Gerakan berjaya memperjuangkan nasib semua kaum di negeri itu akan kita ulas dalam ruangan ini.


SENTIMEN KECINAAN LEBIH HEBAT DI NEGARA INI - January 2, 2010

AHAD , 13 Disember ketika saya berada di Melaka, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali menelefon melahirkan rrasa kecewanya kerana penulis-penulis politik yang menulis dalam akhbar tabloid atau ‘nyamuk’ tidak diberikan penghargaan seperti mana penulis akhbar nasional atau harian.


SHAHRIZAT KENA BALAS BUDI ? - November 21, 2009

BUKANNYA senang mahu memuaskan hati pemimpin Wanita UMNO terutamanya. Selepas Senator Datuk Seri Hajjah Shahrizat Abd Jalil menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac 2008, bertimbun-timbun tohmahan dan kritikan diterima oleh pemimpin tersebut. Ini tidak termasuk bertimbun tuntutan yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin pergerakan tersebut.


WANITA UMNO MELAKA PECAH - October 13, 2009

HANGAT Wanita UMNO Melaka. Salah satu sumber boleh dipercayai melaporkan Wanita Melaka sedang dilanda ‘gempa bumi’ lebih hebat dari gempa bumi di Padang Indonesia. Kata mengata, umpat mengumpat dan salah melapor begitu hangat diperkatakan sehingga membawa perpecahan kepada pergerakan ini.


MAMPUKAH WANITA MENCAPAI MATLAMAT 30 PERATUS ? - September 9, 2009

KETUA Pergerakan Wanita UMNO Senator Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil begitu bersemangat unuk mengarus perdanakan agenda wanita seperti yang dijanjikan semasa bertanding jawatan tersebut pada Mac lalu. Salah satunya adalah meningkatkan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus Wanita UMNO di peringkat pembuat keputusan dalam parti UMNO induk.

[ Page 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 ]

Agenda Daily: Real News For New People