Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 21 November 2008 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- Berita Utama
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- test section





|


Najib tak kenal dan tak pernah jumpa Altantuya – Razak Baginda

Setelah batalkan pada saat-saat akhir sidang akhbarnya yang dijadual pada 6 November lalu…jam 9.30 pagi ini Abdul Razak Baginda bersemuka buat pertama kali dengan para wartawan sejak dibebaskan dari tuduhan bersubahat bunuh wanita Mongolia oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober. Lebih dari 50 wartawan dan jurugambar menghadiri sidang akhbar penganalisis politik itu yang diadakan disebuah hotel di Jalan Ampang,Kuala Lumpur. “Dia sudah mati.Biarlah dia bersemadi dengan aman”. Itulah permintaan Abdul Razak Abdullah Baginda kepada wartawan selepas beberapa wartawan cuba mencungkil hubugan beliau dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam sidang media pertamanya hari Rabu di ibu negara selepas dibebaskan 31 Oktober lalu daripada terbabit kes pembunuhan wanita itu, Abdul Razak turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan fitnah terhadap timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datuk Seri Rosmah Mansor. “Saya tahu mereka tidak pernah menemui si mati...Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada TPM dan isterinya. Mereka yang menyebar fitnah tak pernah ada bukti kukuh kerana memang tiada bukti,” ujarnya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - 20/11/2008

------------------

Najib pesan Wanita UMNO bersatu selepas pertandingan Ketua Wanita...

Pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia memang sudah sah….ini kerana Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini berada di Peru dalam komennya mengenai perkara itu sudah pun bercakap soal minta Wanita UMNO Malaysia bersatu selepas pertandingan. Berdasarkan komen yang diberikan oleh Najib, beliau seolah-olah sudah menjangka dan menerima bahawa pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pasti akan berlaku. Dalam reaksinya mengenai keputusan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Najib berharap Wanita UMNO merapatkan semula perpaduan pergerakan itu selepas selesainya pemilihan antara Shahrizat dan Tan Sri Rafidah Aziz. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 21/11/2008

--------------------------

Rafidah pertahan jawatan

TERBARU : Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz yang akan dicabar oleh Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang bagi penggal 2009-2011. “Saya kecewa kerana pelan peralihan telah dipertikai dan ditolak lebih daripada tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada 4 Ogos 2008. “Semenjak tarikh itu tiada sesiapa dalam Exco Wanita atau di luar yang telah mempertikaikannya. Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri sama ada empat mata atau pun dalam mesyuarat Exco dan dalam sidang media telah berkali-kali menegaskan, beliau tidak akan bertanding jawatan Ketua walaupun dicalonkan,” katanya dalam kenyataan media tulisan tangannya sendiri di atas kertas memo Ahli Parlimen Kuala Kangsar hari Jumaat. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 21/11/2008

------------------------

SAH Shahrizat lawan Rafidah
...

Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari Khamis mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu Mac depan. Keputusannya itu dimaklumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan petang Khamis. Berikut adalah kenyataan dua para yang dikeluarkan "Saya Shahrizat Abdul Jalil dengan ini mengesahkan bahawa saya menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada bulan Mac 2009. Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan."
KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT
- 20/11/2008

----------------------------

PM pulang....

Kira-kira 100 orang menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah Khamis malam di Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM),Subang selepas mengadakan lawatannya rasmi lima hari ke Uzbekistan dan Turkmenistan.
Antara yang turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Farid Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.- 20/11/2008

----------------------------

Mukhriz juga tak mau jawatan dalam kerajaan…

Baru-baru ini Datuk Seri Dr Khir Toyo beliau tidak berhajat nak pegang sebarang jawatan kerajaan jika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia…rupanya Datuk Mukhriz Mahathir juga berpegang kepada pendirian yang sama.Bercakap kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata ini kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian untuk tarik balik sokongan rakyat di lima negeri yang Barisan Nasional kalah.Katanya ia tidak ada kena mengena dengan soal kemampuan untuk pegang jawatan dalam kerajaan.Menurut Mukhriz kalau nak pegang kedua-dua sekali ‘ payah sikit’- 20/11/2008

----------------------------

Kes liwat Anwar: Mahkamah Tinggi tangguh 5-6 Feb 2009 dengar rayuan pendakwa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Khamis tangguhkan pendengaran permohonan pendakwaraya untuk menyemak keputusan yang mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen kepada 5 dan 6 Februari 2009. 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah membuat keputusan menolak permohonan pendakwaraya bagi memindahkan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi. Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Sesyen mendapati sijil pemindahan kes berkenaan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.- 20/11/2008

-------------------------

Wanita Perak pula mahu peralihan dibuat Mac 2009

Selepas Pulau Pinang, Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri Perak turut bersuara agar peralihan kuasa Ketua Wanita UMNO Malaysia dipercepatkan daripada Jun kepada Mac 2009. Hari Rabu, seramai 22 daripada 24 Ketua Wanita UMNO Bahagian di Perak menyatakan pendirian mereka mahu peralihan tersebut dipercepatkan. Pendirian tersebut diumumkan oleh wakil 22 Ketua Wanita UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Rusnah Kassim. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 19/11/2008

-----------------------


Itu semua cerita lapuk - Syed Hamid

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menegaskan beliau akan menerima pencalonan yang dibuat oleh UMNO Bahagian-Bahagian. Sambil menghargai pencalonan yang dibuat oleh UMNO Bahagian bagi membolehkannya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, beliau menolak cakap-cakap tidak akan bertanding jawatan berkenaan. “Dah tentu saya akan terima dan bertanding jawatan Naib Presiden…pasal apa pula saya tidak terima,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di lobi Parlimen hari Rabu. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 19/11/2008

----------------------------

Jangan buat-buat lupa...rebet juga subsidi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar jangan memberikan anggapan kononnya kerajaan tidak lagi memberi subsidi minyak kepada pengguna. Katanya, walaupun penurunan harga petrol kepada RM2 dan diesel kepada RM1.90 bermakna tiada lagi subsidi di pam tetapi itu tidak bermakna tiada lagi subsidi minyak. “Jangan lupa rebet RM625 yang diberikan oleh kerajaan sehingga Mac tahun depan. Rebet ini diberikan sebagai salah satu daripada mekanisme melalui penstrukturan subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dunia berkuatkuasa April lalu. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 19/11/2008

---------------------------


Abdullah akan temui Wanita UMNO selesaikan isu kepimpinan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita UMNO sekembali beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.Perdana Menteri berkata, pada mulanya beliau berharap Wanita UMNO dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu sebelum tarikh pelaksanaannya pada Jun tahun lepas.“Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka,” katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 18/11/2008


---------------------------

Idris jawab tuduhan bekas Naib Canselor Universiti Malaya


Bukan soal jantina malah tiada kaitan politik. Sebaliknya pelantikan Naib Canselor universiti dibuat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas cadangan Jawatankuasa Pemilih.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun meminta bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Rafiah Salim atau pihak yang membuat tuduhan itu membuktikan ada unsur politik menentukan pelantikan tokoh-tokoh akademi di universiti.

“Tiada sesiapapun pegawai dalam hirarki kementerian menghubungi atau bertanya saya siapakah calon yang hendak dilantik Naib Canselor atau sebagainya. Tidak benarlah nak tuduh ada campur tangan politik dalam pelantikan tersebut,” katanya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 18/11/2008



-------------------------------

Hak milik tanah untuk Orang Asli

Harapan masyarakat Orang Asli untuk mempunyai hak milik terhadap tanah akhirnya tercapai apabila kabinet meluluskan Dasar Pemberian Milik dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang diberikan tanah lading antara dua hingga enam ekar setiap keluarga. Melalui dasar itu juga, setiap keluarga diberikan tanah seluas antara 5,000 kaki persegi hingga suku ekar bagi tapak rumah. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang mengumumkan perkara itu hari Selasa berkata, dengan kelulusan yang diberikan oleh kabinet pada 7 November 2009 itu, sebanyak 20,000 keluar Orang Asli mendapat hartanah sendiri. Beliau menyatakan demikian selepas menyampaikan kunci rumah PPRT di Kampung Orang Asli Sungai Teras, Slim River, Perak. – 18/11/2008

----------------------------

Tunggu Januari….

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed memberitahu hari ini kerajaan memutuskan kandungan kontrak pemegang konsesi lebuh raya yang sebelum ini dokumen sulit akan didedahkan pada rakyat mulai 1 Januari ini.Katanya 23 perjanjian berkenaan akan dicetak oleh Percetakan Negara dan dijual pada orang ramai. Zin juga beritahu mulai 1 Januari ini kenderaan kelas 1 yang guna Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan nikmati diskaun 10 peratus.Menurut beliau diskaun itu akan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2010- 18/11/2008


---------------------------

UMNO Bahagian Larut….yang berlarutan

Kedua-dua mereka ‘ ada nama’. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar adalah bekas orang kuat Persatuan Bolasepak Malaysia dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) manakala Datuk Hamzah Zainuddin pula ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta ahli Majlis Tertinggi UMNO.Sebab itu antara lima UMNO Bahagian di seluruh negara yang belum selesai adakan mesyuarat kerana faktor teknikal dan krisis dalaman...kemelut di UMNO Bahagian Larut,yang berlarutan agak mencuri perhatian walaupun ia terletak di sebuah kawasan pedalaman yang sepi di Perak. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-16/11/2008

----------------------------

Petrol dan diesel turun harga lagi

Harga petrol dan diesel turun buat kali ke-5 sejak Ogos lalu. Petrol diturunkan sebanyak 15 sen kepada RM2 dan diesel juga turun 15 sen kepada RM1.90. Harga petrol baru itu cuma berbeza RM0.08 sen daripada harga asal RM1.92 sebelum dinaikkan Jun lalu. Sementara itu, kerajaan dijangka akan wujudkan harga minimum bagi petrol untuk menstabilkan harga bahan bakar tersebut. - 17/11/2008

------------------

Melayu akan hilang dunianya jika tidak bangkit semula

Walaupun hanya setengah hari tetapi Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Dalam Perlembagaan yang dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia tetap panas.Mujurlah bilangan jemputan dan hadirin cukup-cukup muat dalam dewan di Memorial Tun Hussein Onn tempat berlangsungkan wacana yang memperkatakan tentang bagaimana Melayu kini dilemahkan dan bagaimanapun Melayu harus bangkit semula.Jika kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah ‘Melayu tak akan hilang di dunia’ dan beberapa kali disebut dalam majlis itu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ada ungkapan lain lebih tersirat maknanya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 16/11/2008

-----------------------------

Menanti keputusan Shahrizat….

Seminggu dua ini, kemelut pelan peralihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bukan sahaja semakin kalut tetapi diburukkan lagi dengan perbuatan tuding-menuding di kalangan para penyokong Tan Sri Rafidah Aziz yang menjadikan seorang EXCOnya, Datuk Kamalia Ibrahim sebagai sasaran.Kamilia dijadikan kambing hitam kononnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menghadiri mesyuarat pergerakan itu untuk membuat kata putus mengenai pelan peralihan itu. Peguam itu juga 'dihentak' kerana sebelum ini hanya berdiam diri dan hanya bersuara selepas mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 17/11/2008

-----------------------------

Noh Omar tidak mahu lagi MARA hanya indah khabar dari rupa ....

Berbicara dengan Datuk Noh Omar mengenai Majlis Amanah Rakyat (MARA) nyata nadanya penuh kekecewaan kerana agensi itu dianggapnya belum banyak yang berubah.
Sewaktu berbual hampir satu jam dengan Agendadaily di bangunan Parlimen beliau melihat MARA masih ditakuk lama disegi peranan serta tanggungjawabnya bagi membantu penduduk luar bandar.Sikap sesetengah pegawai dan kakitangan MARA yang bekerja sekadar makan gaji, tidak berinovasi serta kurang kreatif semakin memburukkan keadaan sehingga ada pihak melihat agensi indah khabar dari rupa.Bagi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini, MARA hampir sebati dengannya kerana beliau pernah berkhidmat dengan agensi berkenaan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 14/11/2008

-----------------------------

Nazri sahkan enam hakim dipecat

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini membetulkan kenyataannya di Dewan Rakyat pada hari Khamis lalu dengan mengesahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain yang menerima bayaran ex-gratia berjumlah RM 10.5 juta dipecat.Katanya kenyataan asal itu adalah berasaskan anggapannya masa itu bahawa para hakim berkenaan tidak dipecat kerana mereka telah menerima pencen sejak 20 tahun lalu sedangkan para pegawai kerajaan yang dipecat tidak menerima pencen.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 13/11/2008

-----------------------------

Saya hanya jalankan tugas...

Nampak senang tetapi hakikatnya tidak semudah yang diduga untuk mengurus mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian yang tamat pada 9 November baru ini.Semuanya 186 bahagian selesai mengadakan mesyuarat manakala lima lagi ‘ sangkut’.Lima yang berkenaan ialah Larut,Tenom,Pengkalan Chepa,Seremban dan Tanah Merah.Sebelum itu beribu-ribu cawangan UMNO,Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan mesyuarat.Sudah menjadi kebiasaan setiap kali pada musim pertandingan seperti kali ini macam-macam aduan dan rasa tidak puashati timbul khususnya bagi yang kalah. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 13/11/2008


-----------------------------

Banyak perkara pelik dalam mahkamah syariah dan UMNO bagi Zaidi

Datuk Zaidi Mohd Zain bukanlah nama besar dalam politik UMNO. Beliau lebih menyerlah dalam bidang peguam syariah. Ini terbukti apabila beberapa artis termasuk Amy Search, Watie Elite dan terbaru isteri kepada penyanyi Nash turut mendapatkan khidmat guamannya.Namun, beliau menyertai UMNO mewakili golongan profesional dan berharap dapat menyumbang idea dalam parti yang disertai ayahnya sebelum ini.Semuanya bermula apabila beliau mengelilingi kampung membantu ayahnya, bendahari UMNO cawangan Kampung Padang Siam, Tanah Merah Kelantan mengutip yuran ahli.Ketika itu Zaidi berusia 15 tahun. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT. 13/11/2008


-----------------------------

MT: 73 calon bagi merebut 25 kerusi Majlis Tertinggi

Dengan berbaki lima lagi UMNO Bahagian yang belum bersidang, seramai 74 orang telah melepasi kuota layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac 2009. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT DAN LINK INI UNTUK SENARAI PENCALONAN PRESIDEN/TIMBALAN/NAIB PRESIDEN SERTA LINK INI UNTUK SENARAI CALON MT - 14/11/2008

-----------------------------



135 tawar diri dalam pemilihan Pemuda UMNO

Kesemua jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan dipertandingkan dalam pemilihan parti Mac 2009 di mana setakat ini melibatkan 135 orang yang telah melayakkan diri dengan memenuhi kuota pencalonan yang disyaratkan. Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda akan menjadi rebutan oleh tiga calon yang terdiri dari Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini memperolehi 52 pencalonan.Berada di atas pencalonan terbanyak adalah Datuk Mukhriz Mahathir, 74 pencalonan dan dikuti bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang memperolehi 62 pencalonan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 10/11/2008


-----------------------------



Timbalan Presiden: Setelah 21 tahun berlalu...

Pertandingan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin,Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi merebut jawatan Timbalan Presiden semestinya akan menjadi highlight pemilihan UMNO Mac ini. Apa yang menarik ketiga-tiga mereka pernah berentap dalam arena pemilihan Naib Presiden pada tahun 2004. Malah Muhyiddin dan Muhammad pernah sama-sama bersaing merebut jawatan Naib Presiden sejak pemilihan tahun 1993 lagi. Juga ini adalah pertama kali sejak 21 tahun UMNO berdepan dengan pertandingan jawatan nombor dua. Dalam pemilihan tahun 1987 Allahyarham Tun Ghafar Baba telah menewaskan Tun Musa Hitam. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT. KLIK PADA LINK INI UNTUK SENARAI CALON PRESIDEN/TIMBALAN DAN NAIB SERTA JUMLAH PENCALONAN TERKINI - 9/11/2008

-------------------------



Naib Presiden :Jamaluddin Jarjis dan Rais Yatim layak...

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menjadi calon ke-7 melayakkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden apabila memperolehi pencalonan ke-20 hari Ahad. Beliau mendapat dua pencalonan terbaru daripada UMNO Bahagian Ampang dan UMNO Bahagian Temerloh. Manakala Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, jadi calon ke 8 apabila turut dicalonkan oleh UMNO Bahagian Temerloh ,Rembau dan Putatan menjadikan jumlah pencalonannya 21 lebih satu melepasi kuota layak bertanding. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 9/11/2008


DERMA ORGAN - ANUGERAH KEHIDUPAN YANG TIDAK TERNILAI

ATAU KLIK PADA LINK INI UNTUK KE PORTAL MyHEALTH

KLIK LINK INI UNTUK KE PORTAL RASMI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Dasar Sukan Negara dibentang akhir tahun ini, kata Ismail Sabri

Dasar Sukan Negara (DSN) akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) akhir tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN LANJUT











Datuk Sirajuddin yang kukenali…….

Saya berkira-kira untuk menyiapkan ruangan ini sejak beberapa malam yang lalu lagi sehinggalah saya dikejutkan oleh deringan telefon menghantar pesanan ringkas (SMS) daripada Ketua Pengarang Agendadaily, saudara Rosli Ismail.Setiap percubaan untuk memulakan catatan tidak berjaya. Sebenarnya saya tidak dapat memberi fokus kepada pengalaman-pengalaman lama yang hendak dicatatkan dalam ruangan ini.
Berita Lanjut


Semua ‘in control’ …Klik pada ikon Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya



Ada yang bagitau Kawan depa dengar beberapa orang kuat parti pembangkang angin satu badan bila otai pembangkang dari Parlimen Lim Kit Siang mempersoalkan tentang ketiadaan PM dan TPM dalam dua hari dalam negara kerana ada urusan rasmi di luar negara serentak.Andaian yang dapat dibuat ialah MP DAP Ipoh Timur tu nak kasi orang bising siapa yang nak buat kerja kalau Pak Lah...

Berita Lanjut

Lembaga Disiplin diarahkan siasat segera politik wang elak individu terlibat bertanding

Lembaga Disiplin UMNO telah diminta agar menyegerakan siasatan berhubung gejala politik wang bagi menghalang individu yang bersalah daripada bertanding pada pemilihan parti Mac tahun depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Tengku Adnan berkata keputusan itu dibuat oleh Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam mesyuarat melibatkan Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail, Tengku Adnan dan Abdullah sendiri."Presiden berkata, kalau boleh siasatan itu harus disegerakan supaya mereka yang bersalah (terlibat) tidak boleh bertanding.
Berita Lanjut


Drama Lim Kit Siang - Azmi Khalid

Apabila Lim Kit Siang berkali-kali mencabar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Axmi Khalid memberi penjelasan hasil laporan jawatankuasa itu mengenai pembelian helikopter Eurocopter, tindakannya menimbulkan tandatanya.Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur itu sebelum ini pernah meminta Azmi membuat penjelasan itu selepas PAC selesai bersidang meneliti kontroversi pembelian 12 unit Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion pada 3 November lalu.
Berita Lanjut

Dr Khir nak bangkit tebus maruah menerusi jawatan Ketua Pemuda UMNO

Apabila Selangor tumbang kepada pembangkang pada pilihan raya lalu, ada pihak membayangkan politik Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan bungkus.Pelbagai sindiran diterima beliau. Antara kerap jadi buah mulut adalah ayat “cepat dia naik, cepatlah dia jatuh,”Isu beri penyapu dan roboh kuil disebut-sebut punca BN Selangor hanya memperolehi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 36 dimenangi PKR, DAP dan PAS.Cerita wajahnya berubah cerah gara-gara makan tempe turut jadi bahan lelucon.Beliau bukan sahaja hilang jawatan Menteri Besar tetapi melepaskan...
Berita Lanjut


Kementerian Dalam Negeri akan merayu keputusan mahkamah membebaskan Raja Petra

Kementerian Dalam Negeri akan merayu terhadap keputusan mahkamah Jumaat membebaskan editor laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata walaupun kementeriannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu, keputusan itu tetap dihormati."Bagi saya, kalau ada sesiapa yang mengatakan mahkamah di dalam negara kita tidak bebas, ini (keputusan) membuktikan bahawa proses penghakiman dan keadilan di negara kita adalah satu proses yang bebas dan tidak membuat keputusan semata-mata memihak kepada kerajaan.
Berita Lanjut

Ketua Pemuda UMNO : Khairy melawan arus…

“Apa boleh buat...Saya kenalah terima,” kata Khairy Jamaluddin mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa beliaulah antara punca Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik pada pilihan raya ke-12, Mac lalu. Ini semua berkisar pada dakwaan bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO ini sangat berpengaruh ke atas bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga wujud istilah tangan-tangan ‘tingkat 4’ di pejabat Perdana Menteri. Proses peralihan kuasa dan menjelang tiadanya Perdana Menteri di belakangnya nanti dikatakan membuat rating nya untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO yang satu ketika dahulu dilihat bagai kacang saja kini agak kelabu.



Berita Lanjut





OPP STATE CHIEFS UNDER FIRE

KUALA LUMPUR: The Penang government must have winced each time the local newspapers splashed photographs of bleachers being dismantled along its Esplanade last week. READ MORE

MALAY POLITICS NEEDS STRENGTHENING THROUGH NUMBERS

UMNO Supreme Council member Datuk Seri Dr Rais Yatim has called for the strengthening of Malay politics through numbers so that other races will stop denigrating and ridiculing the Malays. READ MORE

NON-CHINESE PM FOR SINGAPORE ?
The predominantly Chinese republic here may have a non-Chinese prime minister one day but that is unlikely to happen any time soon, Prime Minister Lee Hsien Loong said on Saturday, four days after Americans elected their first black president. READ MORE

THE EVENTFUL ‘CEASE FIRE’

I rewrote this article in English because blogs are read globally, which is in line with the vision of our future prime minister. Being a glocal (combination of global&local) Malaysian, it is my responsibility to take this extra effort so that more people could benefit. READ MORE

HAS ANWAR CONCEDED DEFEAT?

Being in a hurry in his entire political career, Anwar Ibrahim’s statement that he was “not in a terrible hurry” to topple the Barisan Nasional government came as a shock to many political observers. READ MORE

THE LONG AND WINDING ROAD TO THE TOP
Many who came to the Putra World Trade Centre (PWTC) on Monday night went back dissatisfied and disappointed, as most of them had expected the supreme council meeting would expedite the party’s election. READ MORE


SHOULD UMNO GIVE WAY AGAIN?

If UMNO, its leaders and members are forbidden to question the rights of others, can others question the rights of the Malays? Or can others make demands which can affect the stability of the party which would directly influence the country’s political stability? READ MORE


NAJIB’S MOMENT OF TRUTH

ANTARA HADRALMAWTI & KETUANAN MELAYU

KLIK IKON DI ATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DI ATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

MOGOK BOGEL IKUT JEJAK ANWAR IBRAHIM


PENCALONAN UMNO

20,000 KELUARGA ORANG ASLI DAPAT 'DURIAN RUNTUH'